Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Wednesday, May 28, 2014

4 CARA TANGANI ANAK MALAS KE SEKOLAH

4 CARA TANGANI ANAK MALAS KE SEKOLAH

Isu anak tidak mahu pergi ke sekolah merupakan perkara biasa yang selalu dialami oleh ibu bapa sejak dari dulu lagi. Namun hal ini tidak boleh dianggap remeh dan perlu ditangani dengan segera.


Sumber Gambar SINI

1. CUBA SELIDIKI PERKARA SEBENAR

    Ini merupakan perkara pertama yang perlu anda lakuka sekiranya terdapat       anak-anak yang tidak mahu ke sekolah. Cuba bertanya kepada anak atau       rakan sekelas anak tersebut mengapa anak tidak mahu ke sekolah.

    Kemungkinan faktor kedudukan tempat duduk dalam kelas, mata pelajaran     atau banyak lagi sebab kenapa anak tidak mahu ke sekolah



2. BERBINCANG DENGAN GURU DI SEKOLAH

    Cuba berbincang dengan pihak sekolah sekiranya anda tidak mampu               tangani masalah tersebut. Kemungkinan pihak sekolah mempunyai idea         atau boleh bekerjasama dalam menangani masalah itu.


3. IBU BAPA PERLU TEGAS


    Sekiranya anak melarikan diri dari sekolah, ibu bapa perlu menghantar           semula ke sekolah dan bertegas bahawa anak anda perlu berada di sekolah     sehingga tamat sesi waktu pembelajaran.

    Hal ini penting kerana lama-kelamaan anak anda akan faham bahawa             mereka perlu berada di sekolah ketika sesi pembelajaran berlaku.



4. GUNAKAN KAEDAH GANJARAN ATAU HUKUMAN

    Anda juga boleh menggunakan kaedah di mana lakukan perjanjian                 sekiranya anak anda ke sekolah dia boleh bermain lebih sedikit dari biasa,       sekiranya anak anda melanggar perjanjian tersebut, tarik balik waktu             bermain digantikan dengan waktu belajar lebih masa. 

    Atau anda boleh tukarkan dengan masa menonton televisyen. Ganjaran           tidak semestinya memberikan sesuatu yang mahal, malah anda boleh             berikan anak anda sesuatu yang mereka lebih gemarkan seperti makanan       kegemaran mereka.




Thursday, March 20, 2014

Rahsia didik anak

Bayi dalam pantang

Mendidik anak memerlukan tahap kesabaran yang tinggi namun begitu kita boleh mula mendidik mereka berdisiplin sejak dari bayi mengikut peringkat umur. 


Kebanyakan ibu bapa kini sedikit alpa akan kesan televisyen kepada bayi semasa masih dalam pantang. Sebagai contoh, ibu yang masih dalam pantang merasa kebosanan lalu dibukanya siaran televisyen dan menontonnya dalam masa yang sama bayi mereka berada bersama-sama.

Alangkah kesiannya bayi tersebut, baru hendak mengenal dunia tetapi telah disodok dengan pelbagai masalah dunia yang didengari mereka ketika masih lagi bayi.


Sumber gambar SINI

Pendengaran bayi

Tahukah kamu bahawa pendengaran bayi sangat tajam? Bayi akan menyerap segala yang didengar oleh mereka? Sebab itu pelbagai masalah gejala sosial masa kini yang berlaku sampaikan terpampang di media massa gara-gara telah menyerap semua perkara tersebut sejak dari bayi lagi.

Kenapa hal ini berlaku? kerana sejak dari bayi mereka telah diperkenalkan dengan masalah dunia melalui rancangan televisyen yang ditonton ibunya ketika masih bayi dan itulah yang akan berlaku kepada mereka ketika besar nanti.

Pentingnya mendidik anak-anak dengan kalimah dan ayat suci AL-Quran

Pentingnya mendidik anak-anak mengenali kalimah Allah sejak dari masih bayi kenapa saya tekankan perkara ini? Sebabnya saya sendiri telah mencuba aplikasikan kepada anak saya sendiri dan hasilnya Alhamdulillah, semasa masih bayi dalam usia 4 bulan, Umar dah mampu menyebut Laillahaillah walaupun kurang jelas tetapi jika di amati betul-betul apa yang disebutnya pasti ramai yang terkejut.


Didik Al Quran

Tanpa kita sedari, kalimah Allah ini akan memberikan kesan yang besar kepada anak-anak dan kesan bukan hanya dapat dilihat ketika dewasa kelak, tapi dapat dilihat ketika masih lagi bayi.

Anak-anak yang selalu mendengar alunan ayat suci Al-quran lebih mudah mendengar kata berbanding yang sering disodok dengan rancangan hiburan di televisyen. Tak salah menyajikan mereka dengan rancangan di televisyen tetapi perlulah sesuai dengan peringkat umur dan tetapkan waktu untuk mereka menonton televisyen dan pastikan ibu atau bapa turut serta bersama mereka.

Sebenarnya bukan susah pun kalau ingin memperdengarkan ayat-ayat suci Al-quran, pelbagai cara boleh dilakukan dan cara paling senang sekali adalah kita sendiri yang mengalunkan ayat suci AL-quran tersebut atau boleh juga membeli cd ayat Al-quran.


Kesimpulan

Kita la yang mencorakkan anak kita sejak dari kecil, jika merah warnanya, begitulah anak kita. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih dan fikirkanlah anak bagaimana yang diidam-idamkan.


Pautan Lain :


Thursday, March 13, 2014

Kesan Perasaan Takut Pada Anak


Seringkali ibu bapa mengabaikan akan perasaan takut yang kadang-kala terjadi kepada anak-anak tanpa menyedari akan kesan jangka masa panjang terhadap anak tersebut. 

Dalam pada kita tak sedar, kadang-kadang kita sendiri sebagai ibu bapa yang membuatkan anak kita merasa takut walaupun niat sekadar bergurau. Sebagai contoh " e eh, bunyi apa tu, takutnye entah-entah....." 

Siaran di televisyen kini semakin banyak memaparkan kisah-kisah yang menakutkan dan seram. Kerana permintaan dikalangan peminat cerita seram yang sangat tinggi. Ibu bapa seharusnya mengelakkan dari menonton bersama-sama anak-anak. Jika sekalipun ingin menonton cerita-cerita seram ini tunggu lah sehingga anak-anak masuk tidur.



Hal ini sering dipandang remeh oleh segelintir ibu bapa, suka di sini saya berkongsi sedikit kata-kata dari 'Arb bin Saad akan kesan takut pada anak-anak :-



"Anak-anak akan lemah badannya bila diserang rasa takut, penat dan mungkin dihinggapi kebodohan apabila sering ditakut-takutkan. Sikap selalu menakut-nakutkan anak boleh membunuh perasaaan dan jiwanya lalu menyebabkan nilai-nilai murni dalam dirinya mati. Sesiapa yang mati perasaannya, tidak diharapkan daripadanya sebarang kebaikkan. Hidupnya juga tidak akan membuahkan hasil."

(dari 'Arb bin Saad)


Latihlah anak-anak untuk menghafal dan terangkan kelebihan ayatul kursi kepada anak-anak. Sekiranya anak-anak masih kecil. Seringkali perdengarkan ayat-ayat suci Al-quran atau ulangkan Ayatul-Kursi kepada anak-anak yang masih kecil. Kerana apabila mereka pandai bercakap kelak, lebih senang untuk mereka menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

Kadang-kala anak-anak akan dengan sendirinya membaca Ayat Kursi ketika mereka merasa takut. Teringat ketika saya masih kecil, ummi saya seringkali mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran terutama sekali Ayatul Kursi ketika mendodoikan saya tidur. Dan dengan secara automatik saya mampu menghafalnya sedangkan saya langsung tidak tahu bagaimana membaca Al-Quran ketika itu.

Semoga bermanfaatlah perkongsian saya pada kali ini.


Share pada facebook atau social media network yang lain untuk rakan-rakan yang lain mendapat manfaat yang sama.


Selamat beramal :)