Showing posts with label cara hafal al-quran masa kecil. Show all posts
Showing posts with label cara hafal al-quran masa kecil. Show all posts

Thursday, March 13, 2014

Kesan Perasaan Takut Pada Anak


Seringkali ibu bapa mengabaikan akan perasaan takut yang kadang-kala terjadi kepada anak-anak tanpa menyedari akan kesan jangka masa panjang terhadap anak tersebut. 

Dalam pada kita tak sedar, kadang-kadang kita sendiri sebagai ibu bapa yang membuatkan anak kita merasa takut walaupun niat sekadar bergurau. Sebagai contoh " e eh, bunyi apa tu, takutnye entah-entah....." 

Siaran di televisyen kini semakin banyak memaparkan kisah-kisah yang menakutkan dan seram. Kerana permintaan dikalangan peminat cerita seram yang sangat tinggi. Ibu bapa seharusnya mengelakkan dari menonton bersama-sama anak-anak. Jika sekalipun ingin menonton cerita-cerita seram ini tunggu lah sehingga anak-anak masuk tidur.



Hal ini sering dipandang remeh oleh segelintir ibu bapa, suka di sini saya berkongsi sedikit kata-kata dari 'Arb bin Saad akan kesan takut pada anak-anak :-



"Anak-anak akan lemah badannya bila diserang rasa takut, penat dan mungkin dihinggapi kebodohan apabila sering ditakut-takutkan. Sikap selalu menakut-nakutkan anak boleh membunuh perasaaan dan jiwanya lalu menyebabkan nilai-nilai murni dalam dirinya mati. Sesiapa yang mati perasaannya, tidak diharapkan daripadanya sebarang kebaikkan. Hidupnya juga tidak akan membuahkan hasil."

(dari 'Arb bin Saad)


Latihlah anak-anak untuk menghafal dan terangkan kelebihan ayatul kursi kepada anak-anak. Sekiranya anak-anak masih kecil. Seringkali perdengarkan ayat-ayat suci Al-quran atau ulangkan Ayatul-Kursi kepada anak-anak yang masih kecil. Kerana apabila mereka pandai bercakap kelak, lebih senang untuk mereka menghafal ayat-ayat suci Al-Quran.

Kadang-kala anak-anak akan dengan sendirinya membaca Ayat Kursi ketika mereka merasa takut. Teringat ketika saya masih kecil, ummi saya seringkali mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran terutama sekali Ayatul Kursi ketika mendodoikan saya tidur. Dan dengan secara automatik saya mampu menghafalnya sedangkan saya langsung tidak tahu bagaimana membaca Al-Quran ketika itu.

Semoga bermanfaatlah perkongsian saya pada kali ini.


Share pada facebook atau social media network yang lain untuk rakan-rakan yang lain mendapat manfaat yang sama.


Selamat beramal :)