4 CARA TANGANI ANAK MALAS KE SEKOLAH
Isu anak tidak mahu pergi ke sekolah merupakan perkara biasa yang selalu dialami oleh ibu bapa sejak dari dulu lagi. Namun hal ini tidak boleh dianggap remeh dan perlu ditangani dengan segera.
Kemungkinan faktor kedudukan tempat duduk dalam kelas, mata pelajaran atau banyak lagi sebab kenapa anak tidak mahu ke sekolah
Sekiranya anak melarikan diri dari sekolah, ibu bapa perlu menghantar semula ke sekolah dan bertegas bahawa anak anda perlu berada di sekolah sehingga tamat sesi waktu pembelajaran.
Hal ini penting kerana lama-kelamaan anak anda akan faham bahawa mereka perlu berada di sekolah ketika sesi pembelajaran berlaku.
Isu anak tidak mahu pergi ke sekolah merupakan perkara biasa yang selalu dialami oleh ibu bapa sejak dari dulu lagi. Namun hal ini tidak boleh dianggap remeh dan perlu ditangani dengan segera.
Sumber Gambar SINI
1. CUBA SELIDIKI PERKARA SEBENAR
Ini merupakan perkara pertama yang perlu anda lakuka sekiranya terdapat anak-anak yang tidak mahu ke sekolah. Cuba bertanya kepada anak atau rakan sekelas anak tersebut mengapa anak tidak mahu ke sekolah.Kemungkinan faktor kedudukan tempat duduk dalam kelas, mata pelajaran atau banyak lagi sebab kenapa anak tidak mahu ke sekolah
2. BERBINCANG DENGAN GURU DI SEKOLAH
Cuba berbincang dengan pihak sekolah sekiranya anda tidak mampu tangani masalah tersebut. Kemungkinan pihak sekolah mempunyai idea atau boleh bekerjasama dalam menangani masalah itu.
3. IBU BAPA PERLU TEGAS
Sekiranya anak melarikan diri dari sekolah, ibu bapa perlu menghantar semula ke sekolah dan bertegas bahawa anak anda perlu berada di sekolah sehingga tamat sesi waktu pembelajaran.
Hal ini penting kerana lama-kelamaan anak anda akan faham bahawa mereka perlu berada di sekolah ketika sesi pembelajaran berlaku.
4. GUNAKAN KAEDAH GANJARAN ATAU HUKUMAN
Anda juga boleh menggunakan kaedah di mana lakukan perjanjian sekiranya anak anda ke sekolah dia boleh bermain lebih sedikit dari biasa, sekiranya anak anda melanggar perjanjian tersebut, tarik balik waktu bermain digantikan dengan waktu belajar lebih masa.
Atau anda boleh tukarkan dengan masa menonton televisyen. Ganjaran tidak semestinya memberikan sesuatu yang mahal, malah anda boleh berikan anak anda sesuatu yang mereka lebih gemarkan seperti makanan kegemaran mereka.
nombor 1 tu betul3...
ReplyDeleteThanks kongsi tips
anak saya belum sekolah tapi baca juga. akan sampai masanya
ReplyDelete