Saturday, March 15, 2014

Naskah Denaihati Pilihan Hati

Pada entry sebelum ini saya pernah memaparkan gambar-gambar semasa menghadiri majlis #SBB2014 #SBBYEOS dan salah satu gambar yang terdapat pada entry tersebut ialah naskah dari Tuan +Denaihati Ilhamku (Tuan Amir) . 


Perkara pertama yang membuatkan saya tertarik ketika melihat isi dalam goody bag semasa event tersebut ialah naskah denaihati



Sempat saya mencuri baca beberapa muka surat naskah Denaihati ketika event sedang berlangsung kerana teruja melihat kandungan yang terdapat di dalamnya. Sekali imbas sahaja isi kandungan di dalam naskah tersebut pasti membuatkan seseorang itu teringin membacanya di mana isi kandungannya yang menarik perhatian.


Tersentak hati saya apabila melihat muka surat yang tertera "BERANI GAGAL" dan dengan segera menyelak halaman berikutnya. Ianya menceritakan mengenai rakan kongsi yang tidak jujur. Teringat pengalaman satu ketika dahulu, saya menjalankan perniagaan secara online ketika masih belajar di salah sebuah universiti di Malaysia, dan income bulanan ketika itu mampu mencecah sehingga RM2000.00 sebulan setelah berpenat lelah selama lebih kurang 2 - 3 bulan. 


Setelah setahun menjalankan perniagaan tersebut, ianya lingkup begitu sahaja kerana terlalu percayakan rakan kongsi yang saya serahkan tugas menguruskan perniagaan tersebut sepenuhnya kepada beliau pada saat-saat menghampiri kejayaan. Setelah sebulan saya serahkan kepada beliau, income semakin kurang dan akhirnya tiada pun jualan yang berjaya dilakukan, dan akhirnya perniagaan tersebut saya tutup kerana ingin fokus 100%  pada peperiksaan dan final projek semester akhir dan tidak mampu memberikan komitment kepada perniagaan tersebut.


Kerana kejadian tersebut, saya sukar untuk mempercayai rakan kongsi walaupun ada yang cuba menawarkan diri pada ketika ini (Oh ya, untuk pengetahuan semua saya sedang setup semula perniagaan online saya ketika ini, bangkit semula walaupun pernah gagal satu ketika dahulu).


Selain itu, isi kandungan lain yang terdapat di dalam naskah Denaihati adalah mengenai pengalaman beliau menjelajah ke luar negara. Pelbagai perkara yang di kongsikan termasuklah mengenai aplikasi yang boleh digunakan untuk mengetahui restoran makanan halal. Sungguh saya tak terfikir yang wujudnya aplikasi sebegini yang memudahkan kita umumnya masyarakat Islam mencari destinasi restoran yang menjual makanan halal di luar negara.




Ilmu blogging yang para blogger perlu kuasai juga merupakan perkara yang perlu para blogger ketahui dan Tuan Amir dengan murah hati telah berkongsi di dalam buku nya itu. Melalui ilmu tersebut jugalah saya sedang praktiskan sekarang. 


Terima kasih Tuan Amir di atas perkongsian tersebut dan naskhah percuma ini dan suka saya tekankan di sini bahawa naskah ini perlu di miliki oleh setiap blogger dan kalau ada yang ingin mengetahui antara isi kandungan yang terdapat di dalam naskah denaihati ini boleh la layari www.denaihati.com di mana antara isi kandungan laman tersebut telah di bukukan.


Perkara yang paling saya ingat melalui naskah ini adalah "Hidupkan untuk memberi kerana harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal" sama-sama kita renungkan dan amalkannya.     

     
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           

19 comments:

  1. salam.suri baru baca separuh kena baca baik-baik sebab ada yang mengganggu heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...hihi kena baca cepat...amy pun ada baby duk guling2x kat tepi masa tgh baca, siap memanjat lg hihi

      Delete
  2. Semua orang yang pegi dapat buku ni free eh..

    ReplyDelete
  3. Rasa bertuah sangat dapat memiliki buku ekslusif ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahamdulillah...jgn lupa bc smpai hbs dan share :)

      Delete
  4. Serobok dapat buku ni.

    Salam ziarah http://lobam.my

    ReplyDelete
  5. Cuma ambil masa tak sampai sejam nak baca buku ni...ternyata memang banyak input yang saya dapat selepas baca buku ni...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...klo fokus sekejap je boleh habis baca :)

      Delete
  6. saya tak dapat review buku ini sebab dah tutupkan.apa satu sumber inspirasi buat saya. saya tak selesa nak joit niga dengan orang sebab tahu walaupun tak semua begitu.tapi kalu yakin lain cerita tapi untuk saat ini saya boleh kata bergerak sendiri walau susahh rasanya saya rasa itu lebih rela dari berputih mata..wahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...x pe..bg je review free :) buku pun dpt free kan :)

      bergerak sendiri memang susah, ms mula2x dlu amy bergerak sendiri, bila dh last2x...mcm tu jadinya, x pela, yang lepas jadikan pengajaran :)

      Delete
  7. Buku yang banyak pengajaran kan :)

    ReplyDelete
  8. buku yang banyak manfaat..tapi saya sendiri pun belum habis baca lagi..

    ReplyDelete
  9. Waaah! Aimie ade pnglaman bisnes online...teebaiklah...moga yg baru ni pun bkl sukses juga...

    ReplyDelete
  10. kekadang susah nak percaya dgn rakan sendiri

    ReplyDelete
  11. I really like what you guys tend to be up too. This sort of clever work and exposure!
    Keep up the awesome works guys I've added you guys to my personal
    blogroll.

    Review my blog; plc คือ

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen
Semoga Murah Rezeki
Kalau rajin jangan lupa share artikel untuk manfaat bersama
Sharing is caring :)