Friday, April 13, 2018

DAPAT STAFF YANG SALAH? APA PERLU BUAT?



Assalamualaikum

Alhamdulillah

now im back

just ignore la my previous entry because sama je haha

ok2x..now we started. mesti ramai kawan2x aku yg suka stalk blog aku rindu dkt aku kan?

after so long, aku menghilangkan diri dari dunia blogger.

hihi

alhamdulillah sekrang hidup makin happy

after my last time nangis2x..update blog tapi tak publish, then today, aku p delete post tu...

kenapa nak kena post to the public?

kes tikam belakang dari bff je pun haha

terbaru kena tikam belakang dengan bekas staff..er..surat resign tak hantar..dah bagi peluang tapi tak mau hantar2x..aku tak kisah mana dia nak blah mcm tu.yg aku kisah dia duk ajak2x staff aku utk berhenti kerja..ko rasa? haha Biar Allah je balas..aku malas nk sakit hati pening kepala...

aku tak faham kenapa ada student lepasan degree yg perangai mcmni

kalau ikut dari cara pembawakan nampak dari keturunan baik2x..tapi wallahualam..semoga dia berubah. Amin

aku dah pesan, kalau tak suka kerja sini, bgtau awal2x...sebabnya aku nak cari org lain...

tapi menghilangkan diri mcm tu je..sabar je la...aku wasap pun ignore je...


Kebetulan conversation ni  ada dalam pc sebab aku tengah siapkan laporan kes dari Nur Atiqah bt Arjunik ni duk langgar agreement dan hasut staff berhenti kerja sama ada dengan niat atau tanpa niat, sengaja ke tak sengaja? korang fikir2x la..

masuk company org, lepastu ajak staff org tu berhenti kerja follow dia ke kl...ko rasaaa???


manager aku wasap boleh je reply...its ok la beb..kita follow polisi syarikat ajer...

ape susah kan?

so majikan2x dekat luar sana..korang kena cerdik..tak payah sakit hati dengan makhluk macamni...

satu je aku pesan, ko g la belajar ilmu pengurusan walaupun ko tu lulusan degree ke master ke..

belajar ilmu real...aku suka g basit..wlpun bru g sminar dia je...belum register kelas pun lagi hahaha

tapi banyak gila ilmu aku dapat...

as majikan ko kena kasik setel offer letter, epf dan socso kepada staff, if trainer je ko boleh bagi socso je...

pastu make sure syarikat ko ada policy sebab bila ade kes macam aku kena dengan si nur atiqah bt arjunik dari karak ni...ko boleh je nak saman dia mintak balik duit korang haha


tapi..aku tak buat sebab aku fikir, dia buat kerja..tu hak dia...bagi je la...klo 3 4 ribu terkilan la jugak

so ko kena cerdik la...staff baru ko buat jd trainer...as trainer 1 ko dh jimat tang epf..nyum2x..pastu gaji dia ko jangan bagi mcm gaji staff, masak ko nanti klo kena mcm aku...sebab nak elakkan ko rugi banyak...lgpun dia msuk company ko dgn ilmu zero...


company besar mostly buat mcmni..so kita FOLLOW je...senang kan? 

ok..conclusion dari cerita hari ni..staff yang buat hal macam ni enggan hantar surat resign dalam tempoh waktu yang diberikan akan dibuang kerja...lalalala

eh boleh ke buat macam ni? ye boleh sebab ada dalam agreement..dia sendiri yang sign...bukan aku paksa...tu pun baik dah aku tak saman dia, ni siap dalam proses setelkan socso dia...padahal dia tak keje sini dah....duduk 1 taman perumahan kot...mana nak lari? haha dekat pulak dengan umah staff aku sorang  lagi hahaha 



sakit ati ke? tak jugak haha bazir masa je weh..aku banyak benda nak fikir sebab tu company besar go next je dgn makhluk macam ni..bazir tenaga je duk fikir pasal dia...say good bye aje la...

nak tau? aku hire dia based on her attitude...tapi....jeng2x..Allah saje la tu nak uji sebab lepastu aku dapat staff yang laaaagiiii bagus..alhamdulillah 

aku muncul ni bukan sebab nak cite pasal dia pun..kebetulan aku on pc, tgk blog..tetibe je ade benda nak tulis..dan terlintas la cite ni..

ok..good bye korang..nanti aku cite lagi jatuh bangun aku dalam bisnes..cerita berkenaan handle staff dan macam2x lagi la....



Monday, January 2, 2017

dah lama tak blogging


dah lama tak blogging, ye aku tau rules blogging kena berapa patah perkataan baru pokcik google suka nak promote kita


tapi,sekarang aku lagi suka buat blog ni sebagai diary online perjalanan bisnes aku je

kot 1 hari nanti aku boleh bukukan diary ni?

oh btw, tak sangka ada jugak yg view entry aku g lepas2x aritu...

ingat langsung tak de yg akan dtg terjah blog usang aku ni...almaklumlah mmg lama sgt x blogging kan...nampak tak beza visitor utk last entry aku sblum aku stop blogging dulu?


btw tq sudi dtg singgah ya :)

Sunday, January 1, 2017

2017 tahun yang sangat mencabar

assalamualaikum,

ya ampun, lamanya tak update blog.

belek sekali imbas tulisan lama...

aduhai..malunyaa...kenapalah aku tulis semua tu haha


oh ya..
kalau rajin. ce google "segobugo"

malas nak cite lagi buat masa ni :)

bagi teaser je..boleh gitue kan?

lepasni tak de dah kot entry panjang2x mcm dulu...

haha


ok..ni puteri aimie..mesti ramai terkejut kan? :)

dah 1 tahun pun umur dia..syukur alhamdulillah :)



eh..mak dia nak gak menempel haha

Tuesday, September 15, 2015

Tips Halau Nyamuk Secara Semulajadi



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entry kali ini amy ingin berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman amy berhadapan dengan NYAMUK! Sejak kami berpindah ke rumah baru ni, kitaorang memang stress dengan masalah nyamuk ni, macam2x cara kami buat untuk menyelesaikan masalah ni.

Bayangkan tak sampai seminggu pun, habis sebotol ubat nyamuk kami guna. Actually kami sangat concern mengenai racun2x ni especially bila ada anak kecik and i'm pregnant. 1st week kami memang bergantung pada ubat nyamuk. Masa tu seriusly kami betul2x blur sebab tak pernah menghadapi nyamuk yg tersangat banyak macam ni.

Pernah satu hari tu, lepas maghrib, dalam tempoh 2 jam, kami tepuk nyamuk guna tangan dan kumpul atas tisu... Seriusly memang ktorg terkejut sebab bila kira-kira dan total nyamuk yang kami berjaya tangkap hampir mencecah 60 ekor!!! Gila!!!


Seriusly memang rasa nak pindah rumah malam tu jugak! Stress!


Penyelesaian yang kami amik waktu tu ialah, KELAMBU...so our little imam umar kami terpaksa suruh dia duduk dalam kelambu 24hours until we find another solution. Nasib baik la umar ok je, asalkan ada semua mainan & buku untuk dia dalam kelambu tu...


Perang Nyamuk Bermula


Next solution untuk kami berhadapan dengan rombongan pengantin nyamuk-nyamuk ni kami beli  la jugak ubat nyamuk eletrik nak gantikan dengan ubat nyamuk yang jenis spray tu. Tapi racun is racun jugak kan..xpela, sementara nak fikir penyelesaian lain.

Pergi jalan-jalan dekat MR DIY, terjumpa la pulak raket eletrik. Kami rembat je asalkan matlamat kami tercapai... seriusly, bila terdengar bunyi nyamuk tu kena renjatan eletrik, hati ni memang puas gila kot haha for that night, kami sangat teruja memggunakan raket eletrik tersebut dan hari-hari berikutnya pun begitu.

Husband amy try la sentuh raket eletrik tu masa tengah on, nak demam katanya bila kena, habis seram sejuk dibuatnya hahahaha


Penyelesaian menghalau nyamuk secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang racun


So now, our top solution ialah, tanam pokok serai dan pokok bawang, sebelum ni ada terfikir jugak la nak cari pokok halau nyamuk...tapi masa tak mengizinkan, untuk shopping kami cuma ada masa pada waktu malam je. Kedai pokok bunga tak buka malam2x dik..kalau ada, beruntung la rasanya hidup ni.

So korang yang ada masalah yang sama dengan amy, boleh la try guna cara ni...tanam pokok ni letak la dekat2x tingkap atau pintu masuk... be creative la cara korang nak tanam tu...

Cara amy tanam pokok bawang indoor macam gambar bawah ni gunakan cawan letak dekat tingkap...when it grow, it will look nice. Bergantung pada creativity masing-masing nak tanam pokok korang macam mana yang korang suka.







Atau boleh jugak korang tanam pokok serai dalam pasu seperti contoh gambar di atas. Selain menghalau nyamuk, ia juga boleh dijadikan landskap. Dengan cara di atas, automatik it will create a privacy in your yard or deck! ^_^

Tak lupa juga, sekaligus boleh jimat duit dari keep repeating beli serai di kedai. Kalau time emegency, tengah masak tiba2x baru teringat serai dah habis, korang boleh la dengan laju2xnye pergi amik sebatang 2 serai fresh from the garden. Feeling macam duduk dekat kampung je.


Top 5 senarai tanaman halau nyamuk


1. Citronella Grass
     - Sebenarnya citronella grass ada digunakan dalam bahan2x untuk ubat nyamuk. Oh ye, kalau korang perasan lilin wangi pun ada ada guna citronella grass.

2. Marigolds
     - Warna oren dia tu memang cantik, tapi...Jangankan nyamuk je yang tak suka bau marigolds ni, serangga pun sama.

3. Peppermint
     - Peppermint ni, sangat2x berguna, bukan je nyamuk tak suka dengan bau peppermint ni, tapi, kalau korang kena gigit nyamuk, amik daun peppermint ni lepastu gosok dekat tempat kena gigit nyamuk tu. 

4. Catnip
     - Catnip ni dah macam nama gelaran heroin cerita Mockingjay la pulak. Rajin2x la tanam catnip dekat garden korang kalau tak nak nyamuk buat tempat maksiat dekat situ ye.

5. Lavender
     - this is my favorite! Tapikan macam dah bagitau sebelum ni, memang tak de masa nak g cari pokok lavender ni...bau dia menenangkan...harum bagi manusia, busuk bagi nyamuk...sebab tu adanya solution seperti di atas,  amy gunakan barang2x yang ada didapur je then regrow them ^_^


Ok la, sampai sini sahaja untuk entry kali ini, harap dapat membantu korang yang ada masalah dengan rombongan nyamuk ni. LET'S SAY FREE FROM MOSQUITO with NATURAL WAYS! Semoga berjaya!

SALAM SAYANG DARI AMY :)

Kepada geng BBN & readers , thank you for dropping by ^_^