Showing posts with label bayi genius. Show all posts
Showing posts with label bayi genius. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Rahsia didik anak

Bayi dalam pantang

Mendidik anak memerlukan tahap kesabaran yang tinggi namun begitu kita boleh mula mendidik mereka berdisiplin sejak dari bayi mengikut peringkat umur. 


Kebanyakan ibu bapa kini sedikit alpa akan kesan televisyen kepada bayi semasa masih dalam pantang. Sebagai contoh, ibu yang masih dalam pantang merasa kebosanan lalu dibukanya siaran televisyen dan menontonnya dalam masa yang sama bayi mereka berada bersama-sama.

Alangkah kesiannya bayi tersebut, baru hendak mengenal dunia tetapi telah disodok dengan pelbagai masalah dunia yang didengari mereka ketika masih lagi bayi.


Sumber gambar SINI

Pendengaran bayi

Tahukah kamu bahawa pendengaran bayi sangat tajam? Bayi akan menyerap segala yang didengar oleh mereka? Sebab itu pelbagai masalah gejala sosial masa kini yang berlaku sampaikan terpampang di media massa gara-gara telah menyerap semua perkara tersebut sejak dari bayi lagi.

Kenapa hal ini berlaku? kerana sejak dari bayi mereka telah diperkenalkan dengan masalah dunia melalui rancangan televisyen yang ditonton ibunya ketika masih bayi dan itulah yang akan berlaku kepada mereka ketika besar nanti.

Pentingnya mendidik anak-anak dengan kalimah dan ayat suci AL-Quran

Pentingnya mendidik anak-anak mengenali kalimah Allah sejak dari masih bayi kenapa saya tekankan perkara ini? Sebabnya saya sendiri telah mencuba aplikasikan kepada anak saya sendiri dan hasilnya Alhamdulillah, semasa masih bayi dalam usia 4 bulan, Umar dah mampu menyebut Laillahaillah walaupun kurang jelas tetapi jika di amati betul-betul apa yang disebutnya pasti ramai yang terkejut.


Didik Al Quran

Tanpa kita sedari, kalimah Allah ini akan memberikan kesan yang besar kepada anak-anak dan kesan bukan hanya dapat dilihat ketika dewasa kelak, tapi dapat dilihat ketika masih lagi bayi.

Anak-anak yang selalu mendengar alunan ayat suci Al-quran lebih mudah mendengar kata berbanding yang sering disodok dengan rancangan hiburan di televisyen. Tak salah menyajikan mereka dengan rancangan di televisyen tetapi perlulah sesuai dengan peringkat umur dan tetapkan waktu untuk mereka menonton televisyen dan pastikan ibu atau bapa turut serta bersama mereka.

Sebenarnya bukan susah pun kalau ingin memperdengarkan ayat-ayat suci Al-quran, pelbagai cara boleh dilakukan dan cara paling senang sekali adalah kita sendiri yang mengalunkan ayat suci AL-quran tersebut atau boleh juga membeli cd ayat Al-quran.


Kesimpulan

Kita la yang mencorakkan anak kita sejak dari kecil, jika merah warnanya, begitulah anak kita. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih dan fikirkanlah anak bagaimana yang diidam-idamkan.


Pautan Lain :