Monday, November 10, 2014

Handmade Notebook Yang Menawan Kalbu



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Coptic Handmade Notebook merupakan salah sebuah butik online di instagram yang menawarkan pilihan notebook buatan tangan yang lain daripada lain. Design nya saaangat cantik, comel dan unik.


Anda juga boleh meminta OwnDesignBook untuk mereka bentuk notebook mengikut citarasa anda. Pasti anda akan berpuas hati dengan servise dan hasil kerja tangan dari OwnDesignBook



KELEBIHAN :


Tahukah anda? Antara kelebihan notebook dari OwnDesignNotebook adalah 100% handmade notebook. Selain itu ianya diperbuat daripada Environmental Friendly Paper yang mempunyai sebanyak 120 helaian muka surat. Dan kulit luarnya menggunakan fabric designer.


ANTARA HASIL REKABENTUK COSTUME NOTEBOOK DARI OWNDESIGNBOOK

* nota:
- buat masa ini, costume design di tutup dan akan dibuka pada masa dan tarikh yang akan   di umumkan kelak, sile follow fan page beliau untuk maklumat terkini.
- Own Design Book hanya menyediakan Ready Made Notebook sahaja buat masa ini.

Berikut merupakan antara buku-buku yang telah dihasilkan oleh OwnDesignBook. Kalau anda nak cuci mata dan ingin melihat lebih banyak pilihan dari OwnDesignBook sila klik SINI atau search sahaja OWN DESIGN BOOK di facebook atau owndesignbook di instagram.

Seriusly memang sangat comel je semua notebook yang di hasilkan oleh Own Design Notebook. Sama ada ready made atau pun costume made.








HARGA 


Berikut merupakan senarai harga dan size yang ditawarkan oleh pihak OwnDesignBook :

Sekarang ni OwnDesignBook ada menawarkan PROMOSI NANGIS serendah RM55 sahaja! Harga asal adalah RM70 untuk size A5. Jimat RM15! Untung kaaann? :)


*RALAT : Buat masa ini, untuk COSTUME DESIGN NOTEBOOK DITUTUP dan harga PROMOSI ini valid untuk READY MADE NOTEBOOK sahaja. Harap maaf di atas segala kesulitan.






ANTARA HASIL REKABENTUK READYMADE NOTEBOOK DARI OWNDESIGNBOOK *update

Berikut merupakan antara koleksi ready made note book yang di hasilkan oleh Own Design Book. Dan sedang ada promosi seperti di nyatakan di atas.

RM55 sahaja berbanding harga sebelum promosi iaitu RM70! Cepat dapatkan sebelum kehabisan stok!





Hah? dah jatuh hati dengan design dan hasil seni dari OwnDesignNotebook? Apa tunggu lagi? Cepat-cepat la order sebelum harga PROMOSI ditutup! 

CARA ORDER

Whatsapp : +6011-263 41501
INSTAGRAM : @owndesignbook 
FACEBOOK : Own Design Book


Terfikir-fikir lagi nak order atau tak? Jangan tunggu lagi. Terus je order :D

Tuesday, November 4, 2014

Handsocks Beaded Lace Satin yang Pertama di Malaysia




Assalamualaikum dan salam sejahtera




Teringat lagi, sebelum ni ada jugak amy terfikir mana nak cari handsocks yang ada lace dan dihiasi manik indah. Tapi apakan daya. Tak ada dekat pasaran pun.

Tapi sekarang ni, ada berita gembira untuk peminat handsocks jejari terutamanya. Dah ada handsocks yang cantik sangat-sangat.


Sesuai untuk dijadikan hadiah hari lahir, hadiah hari guru, hadiah kepada teman wanita, hadiah kepada isteri atau hadiahkanya kepada ibu anda 

Sesuai di pakai semasa majlis kahwin dan majlis pertunangan



Material di perbuat daripada kain satin yang berkualiti tinggi, stretchable dan juga beaded lace yang berkualiti tinggi.

Kalau ada yang berminat untuk gunakanya di hari  bahagia anda terutamanya, jangan malu jangan segan untuk melawati laman sesawang www.fieramy.com atau facebook fieramy atau instagram Fieramy by Kakak Comel


amy dah ada sepasang, korang bila lagi? Batch pertama ada 3 warna iaitu coklat cair, pink dan turqoise ^_^

Cepat dapatkanya sekarang sebabnya....ada 10% discount!! Rugi kalau lambat! :D



Hubungi :

Fieramy (Kakak Comel)

Hp No : 014-5123051
Website : www.fieramy.com
Instagram : Fieramy (Kakak Comel)
Facebook : Fieramy

Saturday, November 1, 2014

Pemenang Komen Terbanyak



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Sekarang ni makin susah nak blogwalking sebabnya asyik berebut laptop dengan king umar, baru2x ni amy ada cakap nak bagi RM10 kepada pemenang komen terbanyak bulan October.

So dengan ini amy ingin umumkan...pemenangnya ialah :

Siti Nurafida Noh


Sekali je amy promosikan pasal nak bagi hadiah ni...lepastu amy senyap. Saja je nak buat surprise :)

Mungkin tak banyak macam orang lain bagi atau komen tak sebanyak orang lain.
Tapi ada jugak yang sudi komen blog amy ni walaupun amy jarang blogwalking sejak akhir2x ni :)

Terima kasih atas sokongan semua :)


ok apa tunggu lagi fyda!
cepat bagi account number untuk amy transfer duit sekarang! :)

inbox amy di fan page Aimie Mokhtars



Thursday, October 30, 2014

Nilai Mata Wang Semakin Susut



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Nilai mata wang sekarang semakin susut. Taraf hidup semakin tinggi. Entry kali ini tak banyak yang amy nak cakap. Cuma amy nak share salah satu cara untuk mengatasi masalah nilai mata wang yang semakin susut dan bagaimana untuk melepaskan diri dari kemiskinan.

Tulisan berikut amy copy dari facebook dan memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada diri sendiri dan amy ingin kongsikan bersama para pembaca.




"Tulisan saya pada tarikh 22 Julai 2013 (Last Year)
Salam.
Hari ini genap 1 tahun Bella Ammara. Dari 9 pasang telekung sebulan ke 1200 pasang hari ini. Selama 1 tahun saya keluar dari dunia selesa kerusi pejabat. Bagaimana dan kenapa saya bermula? Ini saya, cara saya dan tulisan saya. Baca dan fikirkan.
Saya bermula dengan mengkaji sendiri 'asas-asas pembentukan wang di dunia' semasa saya bekerja as a chemist di makmal aerogel di Nilai. Sebagai seorang Chemist - Google, buku, blog dan youtube adalah kawan baik saya. Dari Sheikh Imran Hossein sehingga Ron Paul dan Micheal Maloney saya telaah. Kimia mengajar saya untuk buat kajian sebelum lontarkan konklusi. Dalam 1 tahun saya mengkaji perihal ekonomi dan duit dunia, dan saya sedar, kita semua banyak ditipu. Dan saya sedar 99% manusia di dunia ini terpedaya dengan tipu daya helah duit. Saya takut. Saya berhenti as a chemist kerana saya rasa makin lama saya kerja makan gaji, saya akan jatuh miskin. Sebab saya jumpa INFLASI (kejatuhaan nilai duit) di Malaysia melebihi 15% setahun. Gila.
Saya berhenti.
Saya join banking sebab saya nak tau apa bank buat. Dalam kajian saya - 'Banking System' adalah satu sistem penipu terbesar di dunia. Mereka yang menyebabkan kita miskin. Saya join bank as 'Gold Trader'. Kerana dari tamadun Yunani sehingga ke zaman sahabat-sahabat Rasulullah dan pemerintahan Muhammad al-Fateh di kerajaan Islam Tukey menggunakan EMAS & PERAK sebagai duit. Kita kena pandai beza apa itu duit dan matawang. Matawang yang dalam dompet kita. Kertas bodoh yang makin jatuh nilai. Duit tidak jatuh nilai. Saya gali isi bank sampai Saya jumpa sistem mereka - 'Fractional Reserve System'. Sistem dimana mereka cipta duit tanpa pengetahuan kita. Makin banyak duit dicipta, makin jatuh nilai duit dan makin miskinlah kita. Saya kerja sampai saya sampai matlamat saya - no.1 Gold Trader di bank tersebut. Alhamdulillah saya dapat dan terus berhenti. Saya fikir saya harus ubah diri saya sebelum saya ubah pemikiran orang lain.
July 2012 saya bertunang. Dan 5 bulan selepas itu adalah majlis perkahwinan saya. Duit kawin? ZERO. Kerana saya percaya Allah itu maha berkuasa. Saya nak bina masjid, Allah akan tunaikan. Saya gamble. Dan saya pegang pada kata Rasulullah dimana 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Saya lihat Melayu kita? Rupanya kaum asing lebih percaya pada kata Rasulullah berbanding Melayu kita. Dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah saya cuba! Cuba berniaga. Saya bermula dengan pinjam duit mak saya. RM1,000 untuk buat 9 pasang telekung berwarna dengan tunang saya Belle. Kenapa saya tak buat loan bank? Sumpah demi Allah saya tak suka loan bank. Most of loan bank melibatkan 'interest/riba' dimana riba itu salah satu dosa terbesar di sisi Allah. Saya nak berniaga kenapa saya nak murkakan Allah? Saya tolak riba. Saya pinjam duit mak.
Saya percaya kuat pada kuasa Allah SWT. Saya cuba jaga solat saya, sedekah saya, kerana sedekah itu penambah rezeki. Alhamdulillah dari RM1,000 duit mak saya + Jujur + sedekah + ingat Allah the only one yang bagi rezeki, saya boleh kawin menggunakan duit saya sendiri (cash), Alhamdulillah tinggal bersama isteri di kediaman yang alhamdulillah selesa bersama 2 ekor kucing binatang kesayangan Rasulullah, dapat membantu family members mendapat duit lebih, Alhamdulillah dapat buka butik sendiri di Setapak dan dapat menanam sifat ingin berniaga dikalangan rakan-rakan saya.
Mungkin ini baru 1 tahun. Jauh lagi perjalanan hidup saya. Tapi fikirkan lah. Dari 9 pasang telekung sehingga ke 1200 pasang hari ini. Apa yang saya nak cakap. Dunia makin teruk. Saya yakin, selagi harapkan duit gaji tiap bulan, kita akan jatuh miskin kerana kadar jatuh nilai duit kita semakin teruk. Hari ini hampir cecah 17% world inflation/year. Keluarlah dari kehidupan 'hanya makan gaji' & carilah duit lebih. Usaha dan ingat! Allah akan bantu. yaAllah dia pemberi rezeki. Saya harap suatu hari nanti dengan rezeki yang saya dapat, saya dapat bantu sesiapa yang memerlukan. Saya tak kedekut ilmu. Aku boleh bagi 110% ilmu yang aku saya. Jumpa saya. Saya share dan ajar.
Ingat. Hanya Allah yang bagi rezeki. Bukan boss atau customer kita. Kalau bonus tak dapat, cuba fikir balik hubungan kita dengan Allah dan jujurkah kita semasa bekerja?
HAPPY BIRTHDAY BELLA AMMARA
........................
Hari ini 6 September 2014
Alhamdulilah.
1. Production 10 kali ganda sebulan dari tahun lepas.
2. Berjaya buat brands lain - Pudore dan Osra
3. Berjaya mempunyai studio photography sendiri.
4. Berjaya buka Bella Ammara Shah Alam.
5. Masih berjaya tidak lakukan loan bank dan tidak mempunyai kad kredit.
Masih kuat percaya kuasa ALLAH SWT.