Tuesday, October 28, 2014

Tips Perniagaan - Part 1



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sumber Gambar : SINI


Hari ni amy nak share sikit tips perniagaan, tak kira sama ada online atau offline. Ada banyak tips yang akan di kongsikan mulai hari ini. Insyaallah. Semoga tips amy ni dapat membantu mereka yang ingin memulakan atau telah lama berniaga.

1. Modal


Jangan kedekut keluarkan modal. kalau tak ada duit, tanya diri sendiri, "lipstick aku mampu beli, tak kan la nak keluarkan modal sikit pun tak boleh kan?"

Ramai yang tak nak keluarkan modal. Antara sebabnya ialah takut rugi. Meniaga memang ada untung rugi. Kena berani hadapi risiko.

Modal ni tak kira apa pun, sama ada modal untuk mendapatkan ilmu mengenai tips perniagaan, atau pun modal untuk memulakan perniagaan ataupun modal untuk marketing.

Modal keberanian juga di kira modal. Sebab nya kalau takut. memang tak akan berniaga la sampai bila-bila.

Kalau tak berani pun. Buat-buat berani. Lama-lama mesti akan jadi berani.



2. Usaha


Usaha je. Buat secara berterusan. Lama-lama jadi la. Jangan sesekali berhenti berusaha. Kadang-kadang rezeki hari ini tak ada. Mungkin esok ada banyak rezeki. So jangan sesekali berhenti.

Orang yang berjaya sentiasa berusaha. Mereka ni spesis yang kental atau sengaja berpura-pura kental. 

Dan akhirnya mereka berjaya.

Ingat tu. jangan sesekali berhenti usaha. Buat je. Never give up.



Hari ini cukup 2 sahaja tips perniagaan yang amy share, tips seterusnya akan bersambung pada entry akan datang.

Permulaan sesuatu kejayaan adalah dengan MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA. Good Luck tak kira apa jua jenis perniagaan yang anda ceburi. :)


Sunday, October 26, 2014

Da' Comment, Makes me Stronger

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Komen below based on previous entry. Amy dah save dekat draft semula. Rasa tak best pulak lepas publish entry tu. Memang la tu entry luahan rasa yang sangat mendalam. Tapi cukup dengan sokongan korang semua.

Entry tu hanya dipublish beberapa jam sahaja.

By the way, terima kasih korang untuk kata-kata semangat ni.
I'm becoming stronger.

Thank you so much.

Mai terjah mereka yang positif dan caring ni :)

  1. Teto Yaksa
  2. Siti Nurafida Noh
  3. Mek Onie


Mai kita bagi traffic jem sikit dekat blog mereka :D

Thursday, October 23, 2014

Hadiahkan T-Shirt yang Rare dari Constantine Collection untuk Tersayang


Sesuai dengan konsep EASY BUY, HARD GET oleh Constantine Collections,  ianya agak sukar untuk dijumpai di mana-mana dan pastinya design setiap t-shirt dari Constantine Collections sangat unik!

Ya! Jika anda inginkan kelainan atau sesuatu untuk di hadiahkan buat yang tersayang? Sama ada untuk suami, teman lelaki, adik, abang atau sekali-sekala hadiahkan kepada ayah anda sekiranya masih mempunyai 6 pack dan bukanya 1 pack (gurau je, jangan marah ye :)  apa itu 1 pack? pherhut bhunchit *buncit)

Opss..pastinya ayah anda akan merasa 30 tahun lebih muda berbanding usianya dengan menggayakan t-shirt dari koleksi Constantine Collections


Rekabentuk yang ORIGINAL dan RARE


Constantine Collection menawarkan pilihan rekabentuk corak yang agak unik dan pastinya ORIGINAL. Antara design yang di tawarkan oleh Constantine Collection adalah dari koleksi watak kartun Looney Tunes, Justice League, Sesame Street Elmo, Marvel dan banyak lagi. Berikut merupakan antara contoh koleksi yang terdapat di Constantine Collections :




Reka bentuknya menarik bukan? Ianya bukan sahaja di datangkan dalam bentuk lengan pendek, malah terdapat juga untuk penggemar t-shirt lengan panjang.


Pilihan koleksi untuk wanita


Jangan anda ingat koleksi Constantine Collection hanya terhad kepada kaum lelaki sahaja. Terdapat juga koleksi pilihan untuk para gegadis "rock dan steady" yang gemarkan gaya santai. Reka bentuk bajunya agak simple tapi juga sedap mata memandang. 

Phewitt!! amy nak satu FREE boleh tak? ada siapa-siapa kat sini yang sudi hadiahkan untuk amy tak?



Untuk lebih bergaya dengan Constantine Collection, anda juga boleh padankan dengan rantai, jacket dan juga jeans. Pastinya anda akan kelihatan lebih menarik dari biasa dan pastikan pilihan t-shirt anda adalah dari Constantine Collection!

Sumber : SINI
atau anda mungkin seorang yang sukakan sesuatu yang bergaya, kasual dan simple, boleh juga gayakan koleksi dari Constantine Collection dengan gaya dari Kate Middleton ini.

Sumber : SINI




Material


Material t-shirt yang digunakan oleh pihak Constantine Collection sangat berkualiti dan kebanyakannya adalah 100% diperbuat daripada kapas (cotton). Tetapi, terdapat juga material yang di datangkan khas 50% kapas dan 50% polsyter yang mana ianya merupakan pilihan koleksi yang paling HOT dari para peminat Constantine Collection.

Namun begitu, Constantine Collection pastinya sangat selesa di pakai tidak kira masa terutamanya di kala cuaca panas. Sesuai dengan cuaca khatulistiwa di Malaysia umumnya.


Harga Mampu Milik


Bersesuaian dengan kualiti yang ditawarkan oleh Constantine Collections, harganya sememangnya MAMPU dimiliki oleh sesiapa sahaja. Apa tunggu lagi? Jom miliki koleksi dari Constatine Collections SEKARANG! Pastinya ianya satu pilihan yang berbaloi-baloi. 


Selain dari itu, pastinya anda akan mendapat layanan yang terbaik dari pemilik Constantine Collection yang sangat peramah!

Bagaimana untuk mendapatkan Constantine Collections?


Pastinya ada antara anda yang tidak sabar-sabar untuk memiliki t-shirt RARE dari Constantine Collection. Anda boleh hubungi mereka seperti berikut : 


Facebook :

Instagram : 
constantine_collection

 Whatsapp / SMS / Call :
+60 13 936 9970 / 0136255922


apa tunggu lagi? CEPAT sementara stok yang anda idamkan masih ada!





Monday, October 20, 2014

Impian Yang Hampir Terkubur



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sumber SINI


Setiap orang mempunyai impian. Salah satu impian aku selain yang di senaraikan di artikel Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan , aku ada impian lain yang nyaris terkubur.



Well a Fashion Designer


Ianya bukanlah mengenai glamor, tetapi mengenai kepuasan aku dalam mereka bentuk sesebuah pakaian. Honestly, aku tak pandai melukis, tapi aku ada banyak idea untuk mereka bentuk baju muslimah untuk menyusu terutamanya.



I Do Support BreastFeeding

dan lagi, sejak akhir-akhir ini, aku mula menyukai handsocks. Aku tengah mereka bentuk handsocks sendiri. Mungkin aku akan mula menjualnya tak lama lagi...insyaallah :)


Lace Handsocks


Itu sahaja yang aku nak ceritakan. Aku mulakan berniaga product orang lain, product yang dah sedia ada dipasaran dan dalam masa yang sama aku perlahan-lahan membina jenama sendiri di bawah nama FIERAMY.


Antara product yang aku jual ialah sabun marine essence, mineral coffee, kolagen bb plus, alat jimat minyak jtx airtracker, korset premium beautiful dan banyak lagi.


Itu adalah cara untuk aku mencapai impian aku. Kenapa? Sebab aku tak mampu nak hasilkan jenama sendiri lagi masa tu, so aku perlukan sesuatu untuk diniagakan, barang sentiasa ada, cepat dan tak perlukan tenaga yang banyak atas faktor tertentu. Yang penting, product tersebut berkualiti tinggi dan dikenali ramai. Bila di kenali ramai, lagi mudah la nak menjual :)


I do love all my business. Asam garam dalam perniagaan banyak yang aku dah lalui, meniaga nasi ayam, rempuh hujan, panas. Meniaga tak laku dan rugi banyak sampai langsung tak dapat modal, meniaga dapat untung beribu dan banyak lagi. Tapi, itu semua adalah pengalaman paling berharga yang bukan semua orang boleh alami.


Dari kegagalan, aku jumpa cara untuk atasinya dari berlaku lagi. Insyaallah, Fieramy projek akan berjaya atas restu suami dan ibu bapa, mertua.


Kadang aku terfikir, ada business yang aku buat, kurang berjaya. Mungkin sebab tak berkenan di hati ibu kandung aku. Walaupun dia sokong, tapi dari kata-kata ummi, aku dapat rasa dia kurang senang dengan business tu. So i've to move on.


Insyaallah akan berjaya mencapai matlamat. Amin...