Assalamualaikum dan salam sejahtera
![]() |
Sumber Gambar : SINI |
Hari ni amy nak share sikit tips perniagaan, tak kira sama ada online atau offline. Ada banyak tips yang akan di kongsikan mulai hari ini. Insyaallah. Semoga tips amy ni dapat membantu mereka yang ingin memulakan atau telah lama berniaga.
1. Modal
Jangan kedekut keluarkan modal. kalau tak ada duit, tanya diri sendiri, "lipstick aku mampu beli, tak kan la nak keluarkan modal sikit pun tak boleh kan?"
Ramai yang tak nak keluarkan modal. Antara sebabnya ialah takut rugi. Meniaga memang ada untung rugi. Kena berani hadapi risiko.
Modal ni tak kira apa pun, sama ada modal untuk mendapatkan ilmu mengenai tips perniagaan, atau pun modal untuk memulakan perniagaan ataupun modal untuk marketing.
Modal keberanian juga di kira modal. Sebab nya kalau takut. memang tak akan berniaga la sampai bila-bila.
Kalau tak berani pun. Buat-buat berani. Lama-lama mesti akan jadi berani.
2. Usaha
Usaha je. Buat secara berterusan. Lama-lama jadi la. Jangan sesekali berhenti berusaha. Kadang-kadang rezeki hari ini tak ada. Mungkin esok ada banyak rezeki. So jangan sesekali berhenti.
Orang yang berjaya sentiasa berusaha. Mereka ni spesis yang kental atau sengaja berpura-pura kental.
Dan akhirnya mereka berjaya.
Ingat tu. jangan sesekali berhenti usaha. Buat je. Never give up.
Hari ini cukup 2 sahaja tips perniagaan yang amy share, tips seterusnya akan bersambung pada entry akan datang.
Permulaan sesuatu kejayaan adalah dengan MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA. Good Luck tak kira apa jua jenis perniagaan yang anda ceburi. :)
Modal sebenarnya selalu menjadi halangan utama.
ReplyDeleteboleh je kalau nak seribu daya, walaupun bermodalkan air liur je kalau tahu strategi, insyaallah boleh gandakan wang dari zero kepada hero :)
Delete