Showing posts with label no telefon skim myhome. Show all posts
Showing posts with label no telefon skim myhome. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Permohonan Skim Myhome Malaysia

Skim MyHome merupakan salah satu langkah kerajaan bagi menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik di Malaysia. 

Skim ini menawarkan insentif sehingga RM30, 000 seunit dan kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10, 000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.


Syarat dan kelayakan:


Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Pembelian adalah rumah pertama
Bantuan(Subsidi) Maksimum: RM30,000
Subsidi Skim MyHome akan dibayar terus ke akaun pembeli


Jenis Skim MyHome



MyHome 1:


Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
Jualan harga rumah :
  • Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
  • Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000


MyHome 2:


Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
Jualan harga rumah :
  • Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
  • Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000



Cara-cara membuat permohonan:


Muat turun borang permohonan menerusi Laman Web Jabatan Perumahan Negara 


atau 


atau

Dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (Seluruh Negara)


Borang permohonan dibuka: 1 APRIL 2014

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh la hubungi Pusat Panggilan MyHome di talian berikut:

03-8891 4322
03-8891 4317
03-8891 4313

atau boleh ke alamat Skim Myhome yang tertera seperti berikut :

       Jabatan Perumahan Negara
       Aras 30-38, No 51
       Persiaran Perdana, Presint 4 
       Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 
       62100 Putrajaya


Dokumen wajib untuk dimuatnaik


Dokumen-dokumen ini perlulah disediakan dalam bentuk format .jpeg atau .pdf sebelum dimuat naik ke laman sesawang tersebut. Antara dokumen yang diperlukan adalah :

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri Pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Kelahiran Anak-anak Tanggungan
  • Salinan Slip Gaji/Surat Pengesahan Pendapatan(suami/isteri)
  • Salinan kad OKU (sekiranya berkenaan)



*Jangan lupa kongsikan maklumat ini kepada rakan dan keluarga anda melalui butang Like & Share di bawah untuk manfaat bersama :)