Skim MyHome merupakan salah satu langkah kerajaan bagi menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik di Malaysia.
Skim ini menawarkan insentif sehingga RM30, 000 seunit dan kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM300 juta bagi pembinaan 10, 000 unit rumah mampu milik di seluruh negara.
Syarat dan kelayakan:
Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Pembelian adalah rumah pertama
Bantuan(Subsidi) Maksimum: RM30,000
Subsidi Skim MyHome akan dibayar terus ke akaun pembeli
Jenis Skim MyHome
MyHome 1:
Pendapatan isi rumah: RM3,000 hingga RM4,000
Jualan harga rumah :
- Semenanjung: RM80,000 hingga RM120,000
- Sabah Sarawak: RM90,000 hingga RM120,000
MyHome 2:
Pendapatan isi rumah: RM4,001 hingga RM6,000
Jualan harga rumah :
- Semenanjung: RM120,001 hingga RM200,000
- Sabah Sarawak: RM120,001 hingga RM200,000
Cara-cara membuat permohonan:
Muat turun borang permohonan menerusi Laman Web Jabatan Perumahan Negara
Klik Sini : Laman Web Jabatan Perumahan Negara
atau
direct link ke Borang Permohonan Skim Myhome Malaysia
atau
Dapatkan borang di Pejabat Setiausaha Negeri (Seluruh Negara)
Borang permohonan dibuka: 1 APRIL 2014
Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh la hubungi Pusat Panggilan MyHome di talian berikut:
03-8891 4322
03-8891 4317
03-8891 4313
atau boleh ke alamat Skim Myhome yang tertera seperti berikut :
Jabatan Perumahan Negara
Aras 30-38, No 51
Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Dokumen wajib untuk dimuatnaik
Dokumen-dokumen ini perlulah disediakan dalam bentuk format .jpeg atau .pdf sebelum dimuat naik ke laman sesawang tersebut. Antara dokumen yang diperlukan adalah :
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan Suami/Isteri Pemohon
- Salinan Kad Pengenalan/MyKid/Sijil Kelahiran Anak-anak Tanggungan
- Salinan Slip Gaji/Surat Pengesahan Pendapatan(suami/isteri)
- Salinan kad OKU (sekiranya berkenaan)
*Jangan lupa kongsikan maklumat ini kepada rakan dan keluarga anda melalui butang Like & Share di bawah untuk manfaat bersama :)
syarat perlu ada tanah sendiri atau tidak?
ReplyDeleteboleh refer dekat sini untuk maklumat lanjut
Deletehttp://ehome.kpkt.gov.my/myhome/Booklet_MyHome.pdf
Umi Qi pun dah mohon dalam online...memudahkan pengguna...mesra alam...harap ada lah rezeki...amin
ReplyDeleteAlhamdulillah, amin :)
Deletenasib la dah beli rumah..kalo x dah lama dah apply..heheh..ikhlas dari www.tepakku.com
ReplyDeleteni untuk yg dah kawin je ke boleh mohon?
ReplyDelete