Monday, October 20, 2014

Impian Yang Hampir Terkubur



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sumber SINI


Setiap orang mempunyai impian. Salah satu impian aku selain yang di senaraikan di artikel Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan , aku ada impian lain yang nyaris terkubur.



Well a Fashion Designer


Ianya bukanlah mengenai glamor, tetapi mengenai kepuasan aku dalam mereka bentuk sesebuah pakaian. Honestly, aku tak pandai melukis, tapi aku ada banyak idea untuk mereka bentuk baju muslimah untuk menyusu terutamanya.



I Do Support BreastFeeding

dan lagi, sejak akhir-akhir ini, aku mula menyukai handsocks. Aku tengah mereka bentuk handsocks sendiri. Mungkin aku akan mula menjualnya tak lama lagi...insyaallah :)


Lace Handsocks


Itu sahaja yang aku nak ceritakan. Aku mulakan berniaga product orang lain, product yang dah sedia ada dipasaran dan dalam masa yang sama aku perlahan-lahan membina jenama sendiri di bawah nama FIERAMY.


Antara product yang aku jual ialah sabun marine essence, mineral coffee, kolagen bb plus, alat jimat minyak jtx airtracker, korset premium beautiful dan banyak lagi.


Itu adalah cara untuk aku mencapai impian aku. Kenapa? Sebab aku tak mampu nak hasilkan jenama sendiri lagi masa tu, so aku perlukan sesuatu untuk diniagakan, barang sentiasa ada, cepat dan tak perlukan tenaga yang banyak atas faktor tertentu. Yang penting, product tersebut berkualiti tinggi dan dikenali ramai. Bila di kenali ramai, lagi mudah la nak menjual :)


I do love all my business. Asam garam dalam perniagaan banyak yang aku dah lalui, meniaga nasi ayam, rempuh hujan, panas. Meniaga tak laku dan rugi banyak sampai langsung tak dapat modal, meniaga dapat untung beribu dan banyak lagi. Tapi, itu semua adalah pengalaman paling berharga yang bukan semua orang boleh alami.


Dari kegagalan, aku jumpa cara untuk atasinya dari berlaku lagi. Insyaallah, Fieramy projek akan berjaya atas restu suami dan ibu bapa, mertua.


Kadang aku terfikir, ada business yang aku buat, kurang berjaya. Mungkin sebab tak berkenan di hati ibu kandung aku. Walaupun dia sokong, tapi dari kata-kata ummi, aku dapat rasa dia kurang senang dengan business tu. So i've to move on.


Insyaallah akan berjaya mencapai matlamat. Amin...

Thursday, October 16, 2014

Harus Menyusu Anak Di Khalayak Ramai



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Sumber SINI

Berkenaan dengan isu panas mengenai penyusuan anak di khalayak ramai. Ada segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan penyusuan anak di khalayak ramai ni. Di sini ada sedikit pencerahan dari Ustaz Azhar Idrus berdasarkan soalan berikut :


Soalan :

Salam ustaz, saya ni seorang ibu yang masih menyusukan anak. Nak tanya sikit mengenai penyebaran atau post gambar stok susu badan di FB ni, apa hukumnya? Adakah susu badan itu juga aurat bagi wanita? Sebabnya perkara ini telah dibangkitkan dalam isu seorang hamba Allah yang saya tidak kenali yang saya rasa berpelajaran tinggi telah menegur dan menyalahkan seorang wanita berbuat demikian (menayangkan stok susu badan yang berbotol-botol) membuka aib sendiri sampaikan ada followers hamba ini menghentam dengan ayat2 kesat. Bagi kami yang menyusukan anak menganggap gambar2 sebagai pendorong dan motivasi untuk diri sendiri. Macam mana pula kalau ada sesetengah ibu yang menyusukan anak di tempat terbuka, tapi masih menjaga aurat?


Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus :

W'salam..susu sama dengan darah yang tidak di kategorikan sebagai aurat. menyusu anak di khalayak ramai harus dengan syarat menjaga aurat.

Source  : Mommy Razim




Sekarang dah jelas bukan? Jangan la di hina kaum ibu yang menyusu anak di khalayak ramai. Mereka hanya menunaikan tanggungjawab dan memberikan hak anak itu sendiri. 

Sebenarnya, ibu-ibu zaman dulu ada je menyusukan anak di khalayak ramai, bezanya dulu tiada internet atau social media network untuk menyebarkan perkara ini.

Entah-entah korang antara baby yang pernah menyusu di khalayak ramai suatu ketika dulu. Fikir-fikirkanlah dan sokonglah penyusuan ibu.

Monday, October 13, 2014

Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Di suatu petang yang damai, seorang sahabat bertanya kepada aku :-

Sahabat " Aimie, ko nak pergi bercuti ke Busan tak ?"
Aku " Gila kau, of course la nak!"
Sahabat " Haaa..kenapa kau nak pergi Busan? Best ke???"
Aku " Aku nak pergi sebab...."

Since this few months, tak tahu kenapa aku gila sangat tengok cerita korea, dan penyakit gila tengok cerita korea ni dah berjangkit. Bukan setakat berjangkit dekat suami aku, tapi juga dekat parents aku..

krik krik krik


aguugu..tak tahu nak cakap apa dah..parents aku siap hafal lagi nama watak-watak dalam cerita korea tu, siap ingat lagi jalan cerita setiap episod..

tiap-tiap malam parents aku ngadap la tv berdua-duaan (psss...adik sorang je yang masih study dekat Kelantan, yang lain semua kerja dan dah berumah-tangga, so mereka tinggal berdua je dekat rumah)

sweet je parents aku tengok cerita korea berdua...(my though) opsss...sambung cerita 
" Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan "  :-



1# Tempat yang menarik



Gara-gara pengaruh cerita korea, selain itu aku tengok tempat-tempat dekat korea tu menarik, cantik, de bom gitu....rasa teringin sangat jejak kaki ke sana.

Untung kalau ada yang sudi sponsor. Confirm hati ni berbunga-bunga.

Dalam entry sebelum ini ada menceritakan serba sedikit mengenai tempat yang menarik di Busan Korea. Check it out Apa yang menarik di Busan .




2# Bunga sakura


Lepastu, aku teringin nak tengok bunga sakura. Kalaulah dapat pergi musim bunga sakura tengah berkembang...Mesti aku akan....


"Bunga sakura jatuh berguguran, menutupi jalan, aku pun datang berenang-renang di atas timbunan bunga sakura, tiba-tiba aku terdengar bunyi tangisan bayi...tengok kanan, tengok kiri...oh..anak aku menangis rupanya..."


Hancur musnah sudah imaginasi aku tadi. Kena bina angan-angan baru la lepas settle tidurkan semula anak aku.


sumber : SINI

3# King Crab


Aku ni pecinta makanan laut terutamanya ketam, tapi..kat sini aku belum jumpa lagi king crab macam aku imagine. Bila aku buat research pasal Pasar Besar Jagalchi yang aku ceritakan sedikit di entry Apa yang menarik di Busan, aku tengok banyak makanan laut yang segar-segar ada di jual. 

Termasuklah kecintaan aku si King Crab.

Bila aku tengok gambar kat bawah ni, walaupun hanya tinggal sisa-sisa sahaja. Cukup untuk buat air liur aku automatik rasa nak meleleh...pleaseeee.... aku naaaakkkk!

sumber : SINI


4# Hanbok Korea


Apa itu hanbok? Hanbok korea merupakan sejenis pakaian basic mereka suatu ketika dahulu. Warna-warna yang ceria macam warna aiskrim pelangi buat hati ini teringin untuk mencubanya. Tak dapat beli, dapat try sahaja pun dah cukup buat hati ini bahagia.

sumber : SINI


5# Impian


Semua orang mempunyai impian, impian aku dari kecil adalah ingin melancong dan menikmati pemandangan, mempelajari budaya dan menikmati makanan di seluruh dunia. Mungkin ada yang kata ianya angan-angan mat jenin. Tapi percayalah, tanpa impian setinggi gunung, mustahil untuk kita mencapai bintang.

Insyaallah kalau sampai masanya, aku akan sampai juga ke negara orang.  Cukup sampai sini sahaja artikel kali ini. Semoga di permudahkan segala urusan dan terima kasih kerana sudi singgah dan membaca di blog amy.


------------------------------------------------------

Artikel ini di tulis untuk :


" Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur - Task 2 "

Alhamdulillah kali ini amy berkesempatan untuk menyertai dan menyiapkan lebih awal Cabaran Winter In Busan dimana ianya merupakan kerjasama antara pihak Blooggers Dot Com dan Majalah LiburPara peserta dikehendaki menceritakan mengenai "Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan" 

Akhir kata, terima kasih kepada pihak Bloogers Dot Com dan Majalah Libur di atas kesudian membuat cabaran ini. Semoga dimurahkan rezeki.

Tuesday, September 30, 2014

Apa Yang Menarik Di Busan



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Busan, Korea Utara  merupakan kota ke 2 yang terbesar di Korea Utara. Persinggahan di Busan merupakan suatu perkara yang menarik kerana kita dapat mempelajari budaya, makanan tetapi juga merasai kepelbagaian iklim di negara tersebut. Di samping menikmati shahimi, kita juga boleh melihat pemandangan laut yang cantik.

Pelbagai aktiviti boleh kita jalani ketika berada di Busan. Suasana pada waktu malam di Kota Busan amat menarik ibarat sedang menikmati cinta pandang pertama.

Antara tempat menarik yang ada di Kota Busan ialah :



1. Haeundae Beach


Haeundae Beach merupakan pantai yang terbesar di Korea dan merupakan pusat tumpuan utama para pelancong sekiranya singgah ke Busan.

Haeundae bermaksud "Laut dan Awan", nama Haeundae Beach di beri oleh Choi Chi Won yang berasal dari Dinasti Silla.

Tahukah anda? Pantai ini pernah dimasukkan ke dalam "Guinness World Book of Records" sebagai sebuah pantai yang mempunyai jumlah paying yang terbanyak sekali.

Pantai ini mempunyai kemudahan dari segi kasino, hotel, spa dan kemudahan rekreasi yang lain. Selalunya, pelbagai aktiviti perayaan atau keraian dianjurkan disini.

Pastikan sekiranya anda ke Busan, anda tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Haeundae Beach ini.







2. Busan Aquarium

Alang-alang anda telah berkunjung ke Haeundae Beach, apa kata singgah sebentar ke Busan Aquarium yang berada berdekatan dengan Haeundae Beach.

Terdapat lebih daripada 250 spesis hidupan laut yang ditempatkan di sini antaranya termasuklah ikan jerung, piranha, penguin dan banyak lagi.

Busan aquarium merupakan terowong di kedalaman laut sedalam 80 meter (260 kaki)



Sumber gambar SINI



3. Jagalchi Fish Market


Tempat seterusnya yang wajib anda kunjungi adalah Pasar Ikan Jagalchi yang merupakan pasar yang terbesar di Korea Selatan dan terbesar di Asia Timur.
Lebih 400 buah kedai di tempatkan di sini. Pasar Ikan Jagalchi merupakan mercu utama di Kota Busan dan amat terkenal di kalangan mereka di Korea Utara.
Pelbagai jenis hidupan laut yang segar boleh di perolehi di sini. Terdapat juga restoran-restoran yang menyediakan hidangan makanan laut di Pasar Ikan Jagalchi.

4. Taejongdae



Taman Taejongdae di ambil sempena nama seorang Raja pada dinasti Silla. Terdapat kisah menarik di sebalik taman ini. Pada satu ketika dulu, terdapat seorang wanita setia menunggu kepulangan suaminya dan akhirnya beliau meninggal dunia dan berubah menjadi batu. Namun sang suami tetap tidak pulang.


Sumber gambar SINI



5. Seokbulsa Temple


Seni bina kuil ini sangat menarik. Kuil ini di bina daripada batu-batu yang telah sedia ada di sini. Ianya merupakan salah satu tempat yang MESTI di lawati sekiranga berkunjung ke Busan.



6. Dadaepo Sunset Fountain of Dream


Dadaepo Sunset Fountain of Dream merupakan air pancut berirama yang pertama. Pancutan airnya mengikut rentak irama lagu yang dipasang. Pastikan anda berhati-hati memilih tempat duduk kerana dikhuatiri akan kebasahan terkena percikan air pancut ini.
Selain itu, terdapat laman web di mana kita boleh request lagu apa untuk dimainkan ketika berkunjung ke sini.

Sumber gambar SINI


Mari kita lihat sedikit selingan video mengenai 14 perkara perlu dilakukan dan dilihat sekiranya anda ke Busan, Korea







Artikel ini di tulis untuk :



" Cabaran Winter In Busan Blooggers Majalah Libur - Task 1 "

Alhamdulillah akhirnya amy berkesempatan untuk menyertai Cabaran Winter In Busan dimana ianya merupakan kerjasama antara pihak Blooggers Dot Com dan Majalah Libur. Pada cabaran kali ini, para peserta dikehendaki menceritakan mengenai "Apa yang menarik di Busan" . Para peserta boleh menceritakan apa sahaja perkara yang menarik perhatian mereka untuk ke Busan, Korea Selatan.

Kepada para blogger di luar sana yang berminat untuk menyertai Trip ke Busan, Korea bersama Man Raja Lawak, apa tunggu lagi? Moh kita pakat ramai-ramai menyertai cabaran ini!

Sebenarnya, banyak lagi yang amy ingin kongsikan mengenai tempat yang menarik di Busan, tapi amy dah kesuntukkan masa.

Semoga impian ingin ke Busan tercapai. Terima kasih.