Tuesday, July 17, 2018

alhamdulillah



assalamualaikum hi semua,

alhamdulillah, semalam aku dah bayar balance lg separuh pinjaman pelajaran yayasan pahang hanya dlm tempoh setahun..seronok gile..sikit je lagi nak habis...

insyallah by next months aku dpt setelkan semua pinjaman pelajaran by yayasan pahang lebih awal dari jadual.

at the age 30, everything was so amazing!

syukur sangat...

banyak doa yg 5 tahun lepas dimakbulkan masa aku umur 29-30 tahun...allahuakhbar...

nikmatnya tak tahu nak cite mcm mana..seronok sgt...

dlm tempoh  3 tahun pertama selepas aku berhenti kerja..semuanya sgt stressfull, penuh dgn dugaan. 
Semua yg aku buat, semuanya tak menjadi...

aku sabar...

keep buat buat dan terus buat...doa dan terus doa.

ape org cakap  semuanya aku buat pekak.

suruh kerja, suruh itu suruh ini, 

org sekeliling duk tanya, ada degree tak kerja? sampai bile tak kerja?
.
.
.

this is my choice... freedom time with my family..

untuk capai cita2x ni, aku nampak 1 je..peluang perniagaan...

masa tu aku tak jumpa cara yg betul lg...actually, belum sampai masa rezeki aku lagi. yeah!

keep doa, keep usaha...u see..ni dah kali ke-dua aku duk ulang benda yg sama...

aimie & aisyah


im not the right person utk bg nasihat business

tp satu je..klo ko buat bisnes tak menjadi2x..ko cek balik diri ko, apa yg tak kena?

contohnya :
- solat
- hubungan dgn family dan org sekeliling
- paling penting la, ilmu...ko upgrade ke tak ilmu didada?

ko ingat dengan experience semata bisnes boleh berkembang? yeah betul...tp slow..

kalau nak cepat maju, belajar experience org lain.

depends, ade berbayar, ada free...


ok..mungkin busines aku tak selaju org lain, tp alhamdulillah bisnes aku sgt laju berbanding 2 tahun lepas...

bersaing dgn diri sendiri, dan bukan dengan org lain.. ok?


salam sayang, 
aimie mokhtars

semoga kita berjumpa lagi pada entry seterusnya. terima kasih sudi luangkan masa baca post aimie ni :)

Monday, January 2, 2017

dah lama tak blogging


dah lama tak blogging, ye aku tau rules blogging kena berapa patah perkataan baru pokcik google suka nak promote kita


tapi,sekarang aku lagi suka buat blog ni sebagai diary online perjalanan bisnes aku je

kot 1 hari nanti aku boleh bukukan diary ni?

oh btw, tak sangka ada jugak yg view entry aku g lepas2x aritu...

ingat langsung tak de yg akan dtg terjah blog usang aku ni...almaklumlah mmg lama sgt x blogging kan...nampak tak beza visitor utk last entry aku sblum aku stop blogging dulu?


btw tq sudi dtg singgah ya :)

Sunday, January 1, 2017

2017 tahun yang sangat mencabar

assalamualaikum,

ya ampun, lamanya tak update blog.

belek sekali imbas tulisan lama...

aduhai..malunyaa...kenapalah aku tulis semua tu haha


oh ya..
kalau rajin. ce google "segobugo"

malas nak cite lagi buat masa ni :)

bagi teaser je..boleh gitue kan?

lepasni tak de dah kot entry panjang2x mcm dulu...

haha


ok..ni puteri aimie..mesti ramai terkejut kan? :)

dah 1 tahun pun umur dia..syukur alhamdulillah :)



eh..mak dia nak gak menempel haha

Tuesday, September 15, 2015

Tips Halau Nyamuk Secara Semulajadi



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entry kali ini amy ingin berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman amy berhadapan dengan NYAMUK! Sejak kami berpindah ke rumah baru ni, kitaorang memang stress dengan masalah nyamuk ni, macam2x cara kami buat untuk menyelesaikan masalah ni.

Bayangkan tak sampai seminggu pun, habis sebotol ubat nyamuk kami guna. Actually kami sangat concern mengenai racun2x ni especially bila ada anak kecik and i'm pregnant. 1st week kami memang bergantung pada ubat nyamuk. Masa tu seriusly kami betul2x blur sebab tak pernah menghadapi nyamuk yg tersangat banyak macam ni.

Pernah satu hari tu, lepas maghrib, dalam tempoh 2 jam, kami tepuk nyamuk guna tangan dan kumpul atas tisu... Seriusly memang ktorg terkejut sebab bila kira-kira dan total nyamuk yang kami berjaya tangkap hampir mencecah 60 ekor!!! Gila!!!


Seriusly memang rasa nak pindah rumah malam tu jugak! Stress!


Penyelesaian yang kami amik waktu tu ialah, KELAMBU...so our little imam umar kami terpaksa suruh dia duduk dalam kelambu 24hours until we find another solution. Nasib baik la umar ok je, asalkan ada semua mainan & buku untuk dia dalam kelambu tu...


Perang Nyamuk Bermula


Next solution untuk kami berhadapan dengan rombongan pengantin nyamuk-nyamuk ni kami beli  la jugak ubat nyamuk eletrik nak gantikan dengan ubat nyamuk yang jenis spray tu. Tapi racun is racun jugak kan..xpela, sementara nak fikir penyelesaian lain.

Pergi jalan-jalan dekat MR DIY, terjumpa la pulak raket eletrik. Kami rembat je asalkan matlamat kami tercapai... seriusly, bila terdengar bunyi nyamuk tu kena renjatan eletrik, hati ni memang puas gila kot haha for that night, kami sangat teruja memggunakan raket eletrik tersebut dan hari-hari berikutnya pun begitu.

Husband amy try la sentuh raket eletrik tu masa tengah on, nak demam katanya bila kena, habis seram sejuk dibuatnya hahahaha


Penyelesaian menghalau nyamuk secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang racun


So now, our top solution ialah, tanam pokok serai dan pokok bawang, sebelum ni ada terfikir jugak la nak cari pokok halau nyamuk...tapi masa tak mengizinkan, untuk shopping kami cuma ada masa pada waktu malam je. Kedai pokok bunga tak buka malam2x dik..kalau ada, beruntung la rasanya hidup ni.

So korang yang ada masalah yang sama dengan amy, boleh la try guna cara ni...tanam pokok ni letak la dekat2x tingkap atau pintu masuk... be creative la cara korang nak tanam tu...

Cara amy tanam pokok bawang indoor macam gambar bawah ni gunakan cawan letak dekat tingkap...when it grow, it will look nice. Bergantung pada creativity masing-masing nak tanam pokok korang macam mana yang korang suka.







Atau boleh jugak korang tanam pokok serai dalam pasu seperti contoh gambar di atas. Selain menghalau nyamuk, ia juga boleh dijadikan landskap. Dengan cara di atas, automatik it will create a privacy in your yard or deck! ^_^

Tak lupa juga, sekaligus boleh jimat duit dari keep repeating beli serai di kedai. Kalau time emegency, tengah masak tiba2x baru teringat serai dah habis, korang boleh la dengan laju2xnye pergi amik sebatang 2 serai fresh from the garden. Feeling macam duduk dekat kampung je.


Top 5 senarai tanaman halau nyamuk


1. Citronella Grass
     - Sebenarnya citronella grass ada digunakan dalam bahan2x untuk ubat nyamuk. Oh ye, kalau korang perasan lilin wangi pun ada ada guna citronella grass.

2. Marigolds
     - Warna oren dia tu memang cantik, tapi...Jangankan nyamuk je yang tak suka bau marigolds ni, serangga pun sama.

3. Peppermint
     - Peppermint ni, sangat2x berguna, bukan je nyamuk tak suka dengan bau peppermint ni, tapi, kalau korang kena gigit nyamuk, amik daun peppermint ni lepastu gosok dekat tempat kena gigit nyamuk tu. 

4. Catnip
     - Catnip ni dah macam nama gelaran heroin cerita Mockingjay la pulak. Rajin2x la tanam catnip dekat garden korang kalau tak nak nyamuk buat tempat maksiat dekat situ ye.

5. Lavender
     - this is my favorite! Tapikan macam dah bagitau sebelum ni, memang tak de masa nak g cari pokok lavender ni...bau dia menenangkan...harum bagi manusia, busuk bagi nyamuk...sebab tu adanya solution seperti di atas,  amy gunakan barang2x yang ada didapur je then regrow them ^_^


Ok la, sampai sini sahaja untuk entry kali ini, harap dapat membantu korang yang ada masalah dengan rombongan nyamuk ni. LET'S SAY FREE FROM MOSQUITO with NATURAL WAYS! Semoga berjaya!

SALAM SAYANG DARI AMY :)

Kepada geng BBN & readers , thank you for dropping by ^_^

Saturday, June 20, 2015

Tips bisnes goyang kaki "Tapi...tak nak aku jadi minah kerepek"

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entry kali ini berkenaan dengan kerepek dan bisnes..ini semua gara2x mak amy duk cerita cara2x mudah dan cepat untuk dapatkan duit. Dengan cara meniaga, cara meniaga yang betul. Disebabkan tu lah amy tak boleh tidur sampai sekarang ni.

Bagi amy, bisnes paling senang amy pernah buat, bisnes kerepek...sebelum ni amy borong kerepek dan packing kecik2x..tapi sekarang, disebabkan kesihatan yang kurang mengizinkan, so amy dah tak packing kecik2x..amy jual setengah kg atau 1kg sekaligus...

Almost 3 months dh amy jual kerepek pisang ni, seronok...tapi dalam seronok tu, macam biasa la, ade juga sempat mengata, "aku tak nak jadi minah kerepek"

Wah..xpe jemah...tak nak sudah...cara bisnes kerepek pisang nipis, rangup dan sedap ni sangat simple...amy goyang kaki tangan je...

Kali pertama amik mulakan dengan stok 1kg bermodalkan rm20 sahaja, dan untung dalam rm6 je..tapi lepastu, keuntungan semakin meningkat dan modal semakin besar.

                               "START SMALL, END BIG"

Tips bisnes goyang kaki ni senang je...Amik order dari ejen, order dengan supplier, bila order siap, amy pas dekat ejen...duit masuk...padahal masa tu, amy tengah morning sickness teruk..sampai tak boleh bangun...tapi rezeki tetap masuk.

Insyaallah...usaha dan cari jalan untuk mendapatkan rezeki yang halal tu lebih baik dari asyik merungut gaji company bagi kecik la, itu la ini la...

Stop complained!

Move on bebeh! :)

Wednesday, May 27, 2015

Jika Takdirku Begini, Aku Redha



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lama tak update blog. Lepas sibuk pindah rumah baru-baru ni, 1 family kena serang demam panas...Lepastu sambung pulak dengan berita gembira, I'm pregnant! Umar nak dapat adik! Alhamdulillah.

Lepastu husband amy dapat naik pangkat. Lepastu lagi, amy dapat offer kerja. Gaji masyuk, kerja pun senang, company pun besar. BEST!

Tapiii..sayangnye..amy terpaksa tolak disebabkan morning sickness. Hurm...apekan daya...amy nak angkat badan sendiri pun tak larat, inikan pulak nak pergi kerja.

Nasib baik la Umar dah pandai berdikari, makan sendiri, tutup sliding door, kunci pintu, lepas makan letak pinggan dalam sinki dan banyak lagi... Alhamdulillah.



Sedih tolak tawaran kerja? Yeah! Of course! Siapa nak bagi gaji besar untuk housewife yang tak bekerja selama hampir 2 tahun? Kan? Tapi mungkin rezeki amy bukan dekat sana. Redha aje la.  Ni kali ke-2 terpaksa tolak tawaran kerja, dulu masa pregnantkan umar lepas amy berhenti kerja. Lepasni tak tahu bila lagi akan dapat tawaran kerja dengan gaji besar macam tu.


Jika takdirku begini, aku redha. Pasti ada hikmah disebalik semua ini. Insyaallah.

Sekurang-kurangnya kami tak perlu hidup pjj macam masa mula-mula kahwin dulu. Umar ni kalau tak nampak muka walid dia sehari, confirm monyok je..malam2x mesti nangis tak lena tidur rindu dekat walid dia.

Since pregnant ni, amy tak boleh lama nak ngadap handphone/laptop, kepala jadi pening. So sampai sini aje entry kali ni, jumpa lagi dalam next update. :)

Friday, March 13, 2015

Resepi Kek Butter Rangup Paling Senang dan Sedap !




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, lama amy tak update blog.
Busy sedikit.

Di kesempatan kali ini, amy nak kongsikan resepi Kek Butter Paling Mudah, simple, cepat dan sedap. Baru pagi tadi amy teringin sangat nak makan kek homemade. Tapi nak resepi yang ringkas dan cepat...campak2x terus siap...gituee....sebabnya amy tengah dalam mood MALAS. So kalau korang rasa korang sangat malas tapi nak makan kek homemade, boleh la guna resepi yang amy kongsikan ni :)


Kek Butter Yang Rangup




Bahan2x Kek Butter PALING SENANG dan SEDAP :


Bahan-bahan


1. 3 sudu Butter  / mentega dibiarkan mencair mengikut suhu bilik 
2. Setengah cawan Gula kastor * nak guna gula biasa pun boleh
3. 1 cawan tepung gandum
4. 1 sudu kecil Esen vanila
5. 3 biji telur



Cara-cara membuat kek butter :




1. Ayak tepung ke dalam mangkuk



2. Masukkan gula dan butter ke dalam adunan tepung tadi dan gaul
korang boleh gaul kesemua bahan ini mengikut cara tersendiri, amy tak ada mesin mixer. so marilah kita gaul pakai benda alah ni dengan penuh kemesaraan dan kasih sayang.



3. Gaul punya gaul...jadilah macam ni, so masukkan telur



4.  Keje korang gaul je, pakai garfu pun boleh...nak pakai sudu pun boleh, as long korang boleh jadikan semua bahan2x tu macam dalam gambar kat atas ni, nampak gebu kaaannn? :D

sekejap je gaulnye pun..bukan lama...bila dah sebati semua bahan, tu tandanya korang dah boleh berhenti kacau semua bahan2x tu



5. Lepas tu sapukan butter/ mentega pada loyang korang. Kalau tak nak sapu pun tak pe..korang boleh je merasa kek korang melekat dekat loyang tu....

sebenarnyaaaa kan...nak kasi tauuu......nanti susah woii nak keluarkan kek dari loyang kalau tak sapu butter / mentega



6. Makanya, setelah siap sapu butter/mentega pada loyang tadi, korang letak separuh adunan kek butter ke dalam loyang tu, nak letak terus semua pun boleh. Tapi tiba2x je amy rasa nak letak cheese..

Parmesan cheese pun jadilah hahahaha



so this is an additional item yang tiba-tiba amy rasa nak letak....
Tabur lah parmesan cheese tu ikut suka hati korang..tak nak letak pun tak pe...

kalau nak gantikan dengan coklat chips ka, coklat rice ke atau bahan2x lain pun boleh 

Bila dah siap tabur parmesan cheese, tuangkan balance adunan sampai habis ke dalam loyang.


Makanya, terhasillah rupa begini

opsss..sebelum tu, jangan lupa panaskan oven 170 darjah celcius selama 10 minit or agak2x dah panas kan...kurang dari 10minit pun boleh sebenarya, bergantung pada jenis oven masing2x

Bila oven dah panas, masukkan adunan kita tadi ke dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 20 minit.


Kalau suka crunchy hitam macam kek amy, boleh guna api atas bawah, kalau tak suka dan nak hasil yang kononya perfect gitue, guna api bawah sahaja :D



Tips : macam mana nak tahu kek dah masak dengan sempurna atau pun tidak?

- Amik garfu, cucuk pada kek sampai kena pada permukaan loyang dan angkat semula garfu tu, kalau garfu tu basah, melekat2x dengan kek, tandanya kek belum masak. Kalau tak ada apa2x melekat pada garfu, tandanya kek sudah masak dengan sempurna :D


selamat mencuba

Wednesday, January 14, 2015

Teaser : Shawl Instant Qaisara Roses



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Syukur Alhamdulillah akhirnya berpeluang untuk update entry setelah tertangguh beberapa minggu disebabkan banjir. Alhamdulillah rumah amy tak kena banjir tapi line internet TERPUTUS. So duduk la kembali kepada kehidupan normal seperti sebelum kewujudan internet.


Dalam pada itu, nak hebohkan dekat semua mengenai Shawl Instant Qaisara Roses  yang akan di update pada hari Jumaat ini di www.fieramy.com , fan page Fieramy , Instagram @Fieramy .

Material Shawl Instant Qaisara Roses  di perbuat daripada kain jorjet chiffon yang berkualiti dan berat serta tidak jarang. Di hiasi manik, lace dan bunga roses dihujungnya dan terdapat build in kerongsang pada shawl ini.

Jadi masalah KERONGSANG YANG SELALU HILANG pastinya tidak akan timbul lagi. Shawl Instant Qaisara Roses merupakan shawl pertama yang direka khas mempunyai build in kerongsang di bahu.

Paling best mengenai Shawl Instant Qaisara Roses ialah....jeng jeng jenggg..


Masa pemakaiannya hanyalah 5 saat sahaja! 

Trademark Shawl dari Fieramy ialah, jahit tepi tudung menggunakan 2 warna berbeza dan build in brooch dilekatkan pada selendang kami...nak tahu macam mana rupanya?

Nantikan 
Shawl Instant Qaisara Roses  pada JUMAAT, 8 pagi ini. Oh ye, bagi setiap pembelian 2 helai Shawl Instant Qaisara Roses  korang akan dapat FREE GIFT sehelai shawl dan 2 pcs kerongsang..

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!


Facebook : Fieramy
Website : www.fieramy.com
Instagram : @fieramy 


Tuesday, December 9, 2014

Review : Baju Kurung Regina, Sesuai untuk Ibu Menyusu, Wudhu Friendly



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau di imbas kembali suatu ketika dulu, susah betul nak dapat baju kurung menyusu yang selesa dan design terkini. Balik- balik design yang sama, cuma warna dan corak je yang berbeza. Tapi sekarang dah ada pelbagai pilihan buat ibu-ibu semua.

Kini, menyusu lebih mudah dengan Baju Kurung Regina by Zana Hassan di mana terdapat zip sorok di bahagian hadapan. Bukan sahaja mudah untuk menyusu malahan turut mudah untuk mengambil wuduk. Ini merupakan antara ciri-ciri baju yang wajib ada bagi para muslimah.

Menggunakan kain lycra yang berat dan berkualiti pastinya memberi lebih keselesaan kepada para ibu-ibu semua. Oh ye, walaupun korang bukan seorang ibu, masih juga boleh menggayakan baju dari koleksi Regina ini.

Berikut merupakan antara koleksi dari baju kurung Regina :






Terdapat pelbagai lagi koleksi yang menarik untuk dipilih sekiranya korang berkunjung ke [klik] SINI . Dah tengok? Teringin hendak mencuba? Tertarik dengan design baju kurung Regina? apa tunggu lagi. Segeralah menempahnya!

Untuk Tempahan Hubungi


Whatsapp/Telegram : 018-3828740
Wechat : zanahassan
Instagram : Dezana_boutique

Saturday, December 6, 2014

Gedung Online Barang Makeup by Adibah Hadi



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Siapa nak cari produk kecantikan? Nak cari High BeamLong Lasting Water Prof LipgosCathy Choo kegilaan ramai dan pelbagai jenis barang kecantikan yang lain? 


Atau mencari gadjet seperti power bank tak kira jenis, pendrive on the go jenama Kingston, Samsung, Sandisks, LG dan banyak lagi dalam satu kedai online sahaja?



Kini korang dah tak perlu beli dari kedai online yang berbeza sebabnya Adibah Hadi ada menawarkan pelbagai product kecantikan dan gadjet di bawah satu (1) bumbung. 


Tak payah pening, semuanya ada dibawah satu bumbung sahaja :)
sumber gambar SINI



Jadinya, di pendekkan cerita, korang bukan sahaja dapat menikmati penjimatan dari segi kos pengeposan tapi juga boleh menikmati layanan yang sangat baik dan friendly dari ownernya.

Berikut merupakan lain-lain produk yang ditawarkan oleh adibah hadi. Naik rambang mata dibuatnya, semuanya rasa nak beli je dari Adibah Hadi




Wonder Patch pun ada tauuu...


Tak puas lagi cuci mata tengok gambar-gambar product? Nak tengok lagiii??? Nak tengok baaaanyaaakk lagi??? apa tunggu lagi...laju-laju hubungi Adibah Hadi! Pasti korang tak akan kecewa dengan layanan dari beliau.


Cara hubungi :

Whatsapp dan Telegram : 017 - 2958096
Facebook : [click / search] Adibah Hadi
Blog : [click ] Adibah Hadi

Wednesday, December 3, 2014

Best ke BB Cream Seqy Beauty? Selamat ke kalau pakai?

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Taylor Swift sumber gambar SINI

Best ke BB Cream Seqy Beauty?

Seperti mana umum tahu, salah satu kegunaan bb cream adalah untuk menutup cela-cela di wajah supaya kulit kita halus mulus macam telur rebus, nampak licin tanpa sebarang lubang-lubang hasil dari penternakan jerawat atau batu-batu hitam hasil dari jeragat yang bermaharajalela.

Selain itu, bb cream juga boleh dijadikan sebagai foundation sebelum korang menepek make up tebal sepuluh inci..opsss...dah tak payah make up tebal laa, apa ke de hal...jimat duit, jimat make up.

sebabnya, bila pakai bb cream ni pun kulit dh halus mulus gebusshhh. So, korang hanya perlu tepek bedak nipis je dekat muka. Itu pun dah nampak owesome! Dah boleh nampak cun melecun!

Tahukah anda, sekiranya anda memakai bb cream, terutamanya BB CREAM SEQY BEAUTY, dari raut wajah sebijik sejebon sama macam mak limah tu, automatic transform menjadi puteri salju!

Percaya? Percayaaalahhhhhh

Kalau tak percaya, boleh tengok testimoni di bawaaaaah sekali, amy dah tepek few testimoni hasil dari pakai BB CREAM SEQY BEAUTY ni. 

Paling best sekali kaaan...kulit muka tak nampak berminyak! Ye, amy tau..korang memang pening bab muka berminyak..kan? kan? elee..x mau mengaku la tueee....baik mengaku cepat!

Dah tu kalau rasa nak awet muda , sila lah amalkan pemakaian BB CREAM SEQY BEAUTY ni ye.
BB Cream Seqy Beauty


Selamat ke kalau pakai BB Cream Seqy Beauty?

Gila kau tak selamat. kalau tak, tak de nye mak encik nak tolong promote dan heboh satu kampung kat korang semua..kan kan kan? Ianya dah dibuktikan selamat dan mempunyai no sirim KKM. Nak tahu lebih lanjut sila la terjah SINI

Testimoni BB Cream Seqy Beauty



Harga BB Cream Seqy Beauty

Harganya sangatlah murah! Rugi kalau korang tak try...kalau la jap lagi tak tido malam sebab mengidam nak try BB Cream Seqy Beauty ni kan, korang boleh la hubungi Norafiza Abu Bakar dan jangan lupe bagitau dia yang korang dapat info ni dari blog Aimie Mokhtars ni hokay? Nanti korang akan dapat FREE GIFT tauuu :)


Sebotol :
RM 55 (semenanjung) 
RM 60 (Sabah / Sarawak)


Cara Hubungi

Whatsapp atau Mesej sahaja : 013-3151382 
Instagram : izz_zara_shoppe 
Email : eyzafarza@gmail.com
Blog : Eyzamiel





Tuesday, December 2, 2014

Mencari Power bank murah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Siapa tak kenal power bank? dan tak tahu function power bank? Power bank ni macam sumber utama untuk kita charge hp atau tab tapi ianya di datangkan dalam bentuk portable. Boleh di bawa ke sana ke mari. err.faham kan?

Ni simple explanation cara guna power bank, charge power bank ni sampai penuh, lepas tu boleh la bawa ke sana ke mari, lepastu bila handphone kita battery low atau nak habis, boleh la guna power bank ni untuk charge hp kita tu on the spot sama ada kita tengah dalam perjalanan ke mana-mana atau tengah mengelamun sambil melabur dalam tandas pun boleh charge handphone menggunakan power bank ni.



hah..kalau tak faham lagi..tak dapat den nak nolong...oh ye, kawan amy ada offer power bank murah. ye, amy tahu, korang semua nak yang murah-murah aje...kaannn? hihi



Antara design power bank, kalau nak lebih banyak design boleh contact akmal


Senarai Harga

Powerbank Pineng
10000mAh = RM55
10000mAh = RM75
20000mAh = RM100


Hubungi

hah..pe tunggu lagi...cepat la contact si akmal ni...klo rasa nak nego, ce la try, untung sabut dapat lagi murah ke kan? :D


012-9256771 (Akmal) 
COD Area: PD, Seremban, KL
*Boleh pos juga






Saturday, November 15, 2014

Cantiknya Telekung Qaisara by Fieramy




Assalamualaikum dan salam sejahtera



Hari ni amy nak share sikit mengenai fenomena Telekung Qaisara by Fieramy. Dah banyak feedback yang sukakan design Telekung Qaisara ni. Tak percaya? Kalau amy tunjukkan teaser dia sahaja, mesti korang pun sukakanya? kan? kan? kan?

Nah tengok ni, tu baru teaser dia je...hah...design ni sangat fresh dan hanya boleh di dapati di blog : fieramyq.blogspot.com atau facebook Fieramy.


Actually Fieramy ni re-branding dari original Cutestuffamy, dah lama ada atas sebab focus dekat study so the owner stop la meniaga ni, now dia buat come back dan jom doakan semoga ianya jadi gempak dan meletop2x.. Amin



Telekung Qaisara
Cun kan? heart heart heart


di website www.fieramy.com dan instagram @Fieramy belum lagi di upload ye. so ianya memang sangat-sangat fresh. Dah ada few people yang review pasal telekung ni facebook. 


dan lagi, kalau nak jadi ejen / borong / ejen dropship tanpa modal, boleh direct je contact di facebbok atau emailkan di fieramy@gmail.com dan lagi senang boleh je terus sms/whatsapp 014-5123051

hah..senangkan? ada banyak cara untuk dapatkan telekung ni... dan lagi..materialnya daripada satin crepe berkualiti tinggi dan jenis satin crepe ni susah nak dapat dekat sembarangan kedai tau, lepastu sangat selesa dan juga berat.




Manik2x dan lace di jahit tangan dan jahitannya sangat kukuh dan di jahit dengan penuh kasih sayang. Ianya ada 3 warna, turqoise, pink & purple.









Ok.kalau korang berminat nak beli retail untuk diri sendiri pun boleh...contact je fieramy tuh ha...yang pasti sekarang ni harganya sangat murah berbanding harga asal dan kepada mereka yang berada di Kedah boleh la melihat sendiri telekung qaisara ini di butik by chenta pada akhir bulan ini..alamat akan di update kemudian ye :)


Facebook : Fieramy
Website : www.fieramy.com
Hp No : 014-5123051
Borang Tempahan : KLIK SINI
Email : fieramy@gmail.com

Monday, November 10, 2014

Handmade Notebook Yang Menawan Kalbu



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Coptic Handmade Notebook merupakan salah sebuah butik online di instagram yang menawarkan pilihan notebook buatan tangan yang lain daripada lain. Design nya saaangat cantik, comel dan unik.


Anda juga boleh meminta OwnDesignBook untuk mereka bentuk notebook mengikut citarasa anda. Pasti anda akan berpuas hati dengan servise dan hasil kerja tangan dari OwnDesignBook



KELEBIHAN :


Tahukah anda? Antara kelebihan notebook dari OwnDesignNotebook adalah 100% handmade notebook. Selain itu ianya diperbuat daripada Environmental Friendly Paper yang mempunyai sebanyak 120 helaian muka surat. Dan kulit luarnya menggunakan fabric designer.


ANTARA HASIL REKABENTUK COSTUME NOTEBOOK DARI OWNDESIGNBOOK

* nota:
- buat masa ini, costume design di tutup dan akan dibuka pada masa dan tarikh yang akan   di umumkan kelak, sile follow fan page beliau untuk maklumat terkini.
- Own Design Book hanya menyediakan Ready Made Notebook sahaja buat masa ini.

Berikut merupakan antara buku-buku yang telah dihasilkan oleh OwnDesignBook. Kalau anda nak cuci mata dan ingin melihat lebih banyak pilihan dari OwnDesignBook sila klik SINI atau search sahaja OWN DESIGN BOOK di facebook atau owndesignbook di instagram.

Seriusly memang sangat comel je semua notebook yang di hasilkan oleh Own Design Notebook. Sama ada ready made atau pun costume made.








HARGA 


Berikut merupakan senarai harga dan size yang ditawarkan oleh pihak OwnDesignBook :

Sekarang ni OwnDesignBook ada menawarkan PROMOSI NANGIS serendah RM55 sahaja! Harga asal adalah RM70 untuk size A5. Jimat RM15! Untung kaaann? :)


*RALAT : Buat masa ini, untuk COSTUME DESIGN NOTEBOOK DITUTUP dan harga PROMOSI ini valid untuk READY MADE NOTEBOOK sahaja. Harap maaf di atas segala kesulitan.






ANTARA HASIL REKABENTUK READYMADE NOTEBOOK DARI OWNDESIGNBOOK *update

Berikut merupakan antara koleksi ready made note book yang di hasilkan oleh Own Design Book. Dan sedang ada promosi seperti di nyatakan di atas.

RM55 sahaja berbanding harga sebelum promosi iaitu RM70! Cepat dapatkan sebelum kehabisan stok!





Hah? dah jatuh hati dengan design dan hasil seni dari OwnDesignNotebook? Apa tunggu lagi? Cepat-cepat la order sebelum harga PROMOSI ditutup! 

CARA ORDER

Whatsapp : +6011-263 41501
INSTAGRAM : @owndesignbook 
FACEBOOK : Own Design Book


Terfikir-fikir lagi nak order atau tak? Jangan tunggu lagi. Terus je order :D