Assalamualaikum dan salam sejahtera
Entry kali ini amy ingin berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman amy berhadapan dengan NYAMUK! Sejak kami berpindah ke rumah baru ni, kitaorang memang stress dengan masalah nyamuk ni, macam2x cara kami buat untuk menyelesaikan masalah ni.
Bayangkan tak sampai seminggu pun, habis sebotol ubat nyamuk kami guna. Actually kami sangat concern mengenai racun2x ni especially bila ada anak kecik and i'm pregnant. 1st week kami memang bergantung pada ubat nyamuk. Masa tu seriusly kami betul2x blur sebab tak pernah menghadapi nyamuk yg tersangat banyak macam ni.
Pernah satu hari tu, lepas maghrib, dalam tempoh 2 jam, kami tepuk nyamuk guna tangan dan kumpul atas tisu... Seriusly memang ktorg terkejut sebab bila kira-kira dan total nyamuk yang kami berjaya tangkap hampir mencecah 60 ekor!!! Gila!!!
Seriusly memang rasa nak pindah rumah malam tu jugak! Stress!
Penyelesaian yang kami amik waktu tu ialah, KELAMBU...so our little imam umar kami terpaksa suruh dia duduk dalam kelambu 24hours until we find another solution. Nasib baik la umar ok je, asalkan ada semua mainan & buku untuk dia dalam kelambu tu...
Perang Nyamuk Bermula
Next solution untuk kami berhadapan dengan rombongan pengantin nyamuk-nyamuk ni kami beli la jugak ubat nyamuk eletrik nak gantikan dengan ubat nyamuk yang jenis spray tu. Tapi racun is racun jugak kan..xpela, sementara nak fikir penyelesaian lain.
Pergi jalan-jalan dekat MR DIY, terjumpa la pulak raket eletrik. Kami rembat je asalkan matlamat kami tercapai... seriusly, bila terdengar bunyi nyamuk tu kena renjatan eletrik, hati ni memang puas gila kot haha for that night, kami sangat teruja memggunakan raket eletrik tersebut dan hari-hari berikutnya pun begitu.
Husband amy try la sentuh raket eletrik tu masa tengah on, nak demam katanya bila kena, habis seram sejuk dibuatnya hahahaha
Penyelesaian menghalau nyamuk secara semulajadi tanpa menggunakan sebarang racun
So now, our top solution ialah, tanam pokok serai dan pokok bawang, sebelum ni ada terfikir jugak la nak cari pokok halau nyamuk...tapi masa tak mengizinkan, untuk shopping kami cuma ada masa pada waktu malam je. Kedai pokok bunga tak buka malam2x dik..kalau ada, beruntung la rasanya hidup ni.
So korang yang ada masalah yang sama dengan amy, boleh la try guna cara ni...tanam pokok ni letak la dekat2x tingkap atau pintu masuk... be creative la cara korang nak tanam tu...
Cara amy tanam pokok bawang indoor macam gambar bawah ni gunakan cawan letak dekat tingkap...when it grow, it will look nice. Bergantung pada creativity masing-masing nak tanam pokok korang macam mana yang korang suka.
Atau boleh jugak korang tanam pokok serai dalam pasu seperti contoh gambar di atas. Selain menghalau nyamuk, ia juga boleh dijadikan landskap. Dengan cara di atas, automatik it will create a privacy in your yard or deck! ^_^
Tak lupa juga, sekaligus boleh jimat duit dari keep repeating beli serai di kedai. Kalau time emegency, tengah masak tiba2x baru teringat serai dah habis, korang boleh la dengan laju2xnye pergi amik sebatang 2 serai fresh from the garden. Feeling macam duduk dekat kampung je.
Top 5 senarai tanaman halau nyamuk
1. Citronella Grass
- Sebenarnya citronella grass ada digunakan dalam bahan2x untuk ubat nyamuk. Oh ye, kalau korang perasan lilin wangi pun ada ada guna citronella grass.
2. Marigolds
- Warna oren dia tu memang cantik, tapi...Jangankan nyamuk je yang tak suka bau marigolds ni, serangga pun sama.
3. Peppermint
- Peppermint ni, sangat2x berguna, bukan je nyamuk tak suka dengan bau peppermint ni, tapi, kalau korang kena gigit nyamuk, amik daun peppermint ni lepastu gosok dekat tempat kena gigit nyamuk tu.
4. Catnip
- Catnip ni dah macam nama gelaran heroin cerita Mockingjay la pulak. Rajin2x la tanam catnip dekat garden korang kalau tak nak nyamuk buat tempat maksiat dekat situ ye.
5. Lavender
- this is my favorite! Tapikan macam dah bagitau sebelum ni, memang tak de masa nak g cari pokok lavender ni...bau dia menenangkan...harum bagi manusia, busuk bagi nyamuk...sebab tu adanya solution seperti di atas, amy gunakan barang2x yang ada didapur je then regrow them ^_^
Ok la, sampai sini sahaja untuk entry kali ini, harap dapat membantu korang yang ada masalah dengan rombongan nyamuk ni. LET'S SAY FREE FROM MOSQUITO with NATURAL WAYS! Semoga berjaya!
SALAM SAYANG DARI AMY :)
Kepada geng BBN & readers , thank you for dropping by ^_^