Showing posts with label cara buat duit dengan blog. Show all posts
Showing posts with label cara buat duit dengan blog. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Apa ada dengan Blogger Hebat dalam Nashkah Denaihati


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Buat duit dengan blog


Kalau korang nak buat duit dengan blog bak kata Sifu Affiliate kita "Bagi gua, nak buat duit dengan blog, SEO tu benda wajib dan kritikal. Nak tak nak, kena belajar"

Kalau tak tahu apa itu SEO, korang boleh google je tak pun kalau malas nak pening, korang beli je terus buku Kitab Teknik SEO Merah Jambu  dengan Encik Titan tu. Melabur la sikit untuk dapatkan hasil yang berganda. Ye, gadis-gadis mesti tergoda dan menggilai dengan warna pink Kitab SEO Merah Jambu tu, diulangi lagi sekali Kitab SEO MERAH JAMBU...mesti tak dapat lelapkan mata kalau korang tak miliki kitab tersebut.

Kalau malas atau tak suka membaca, apa kata korang daftar je dengan pihak Akademi Denaihati. Pihak Akademi Denaihati ada menyediakan kelas belajar buat blog dan belajar buat duit dengan blog. Nak jadi di antara blogger yang berjaya macam Denaihati kena usaha lebih sikit sama ada berkorban masa, duit atau tenaga. 




Paling penting sebenarnya, kena RAJIN, kalau ada yang cakap TAK PANDAI sila BELAJAR. Macam masa kita kecik dulu, lepas lahir je mana terus pandai berlari, start dari bawah, belajar perlahan-lahan dan ianya ambil masa la sikit. Sama juga macam sekarang, tak ada istilah TAK PANDAI kalau RAJIN usaha, pasti akan menjadi PANDAI dan TERBAIK di antara yang terbaik. Tak kira la dalam apa perkara pun.



Oh ye, seterusnya siapa yang suka melabur dalam bidang hartanah dan ingin mengetahui teknik-teknik atau tips terbaik dalam bidang hartanah, sila berkenalan dengan abangensem.com yang memang teror bab hartanah dan terkenal dengan baju merah jambu beliau. Amy rasa baju merah jambu tu adalah strategi abangensem.com untuk menarik minat semua gadis-gadis untuk masuk meminang beliau untuk memberikan talk seminar hartanah (hehe jangan salah faham ye :p ). 

Penangan baju warna merah jambu tu memang confirm akan menyebabkan gadis-gadis angau dengan kebolehan beliau yang sudah pun memiliki lebih kurang 14 buah rumah kalau amy tak silap baca minggu lepas di blog AbangEnsem.

Tapi lain pula dengan eyriqazz.com, tak pulak eyriqazz.com cuba menambat hati gadis-gadis comel dengan warna merah jambu. Tema blog eyriqazz.com adalah warna biru. Tertanya-tanya juga kenapa warna biru yang dia pilih?


Tips dan ilmu blogging


Selain itu, blogger LizaRazak.com ada kongsikan serba sedikit mengenai tips blogging dan akan amy praktiskan mana-mana yang belum amy buat berdasarkan tips tersebut. Kalau nak tahu apakah isi kandungan untuk tips blogging dari LizaRazak.com, korang kena la beli buku  Denaihati ni. Kalau nak tahu buku Denaihati boleh beli dekat mana. Korang kena baca entry ini sampai habis!

Siapa kata lelaki je pandai buat duit dengan blog? Mentang-mentang la list dekat atas tu amy listkan antara jejaka-jejaka teror buat duit dengan blog, selain LizaRazak.com, ada juga blogger gadis-gadis ayu lain seperti kujie2.com  (errr...dah jadi isteri orang ni) .

Haaa...kak kujie pun boleh tahan teror buat duit dengan blog. Kak Kujie ni antara mereka yang dah lama dalam dunia blogging dan mahir buat duit dengan blog. Actually amy kenal kak kujie ni pun melalui Buku Denaihati. Banyak betul peluang dan maklumat yang amy dapat melalui Buku Denaihati ni!



Penting menguruskan laman blog


Sebenarnya penting menguruskan laman blog kita menggunakan hosting tertentu. Kita sebenarnya perlu melabur lebih sikit untuk mendapat hasil yang terbaik terutama sekali untuk mereka yang ingin membuat duit dengan blog.

Salah satu cara selain melaburkan duit dengan membeli domain name, kita juga perlu peka terhadap pengurusan blog terutamanya dari segi backup. Buat backup sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan dan satu lagi, perlunya kesedaran terhadap berapa jumlah trafik yang mampu blog kita tanggung dalam satu-satu masa. Kalau blog tak mampu tampung trafik yang tinggi, silap-silap blog kita down dan tak boleh view dalam jangka waktu tertentu.

Ye, ada jumlah nilai yang perlu dibayar. Untuk berjaya dalam dunia blogging bukan setakat wang ringgit tetapi juga masa kita untuk belajar dan memahami apa keperluan yang perlu ada pada seseorang blogger dan blog jika ingin menjadi seorang blogger yang berjaya.




Antara Blogger Hebat yang Tersenarai Dalam Nashkah Denaihati


Berikut merupakan antara senarai blog / website yang tersenarai di dalam nashkah Denaihati:






Sumber Gambar ILUVTOUR


Hei korang! Untuk makluman, sejak amy pergi event #SBB2014 #SBBYEOS hari tu, ranking blog amy dekat Alexa.com semakin baik (sebelum pergi ke event tersebut ranking di Malaysia ialah 25, 854, tapi sekarang as of today ialah 3,181). Antara sebabnya ialah ilmu yang amy dapat semasa event tersebut dan juga disebabkan buku Denaihati yang amy pernah ceritakan sebelum ini di Nashkah Denaihati Pilihan Hati dan juga di sebabkan entry INI. Kalau ada yang ingin mendapatkan buku Denaihati boleh la klik KedaiDenaihati.com . Rugi kalau korang tak miliki buku ni! Banyak manfaat yang akan korang dapat hasil daripada membaca buku Denaihati. :)