Showing posts with label Resepi bayi. Show all posts
Showing posts with label Resepi bayi. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

Resepi Makanan Bayi : French Toast & Broccolli Cream

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni amy nak share resepi makanan bayi yang senang dan sedap. Resepi ni disarankan untuk bayi yang berumur 10 bulan dan ke atas.


Bahan-bahan :

Bahagian A :
  • 2 keping roti
  • 1 biji telur
  • Sedikit planta

Cara penyediaan bahagian A

  • Pecahkan telur dan kacau sehingga sedikit lembut
  • Ratakan roti di atas telur 
  • Panaskan kuali dan planta
  • Bakar roti sehingga kekuningan seperti dalam gambar



Bahagian B :
  • 1/2 keping cheddar cheese
  • Brokoli
  • Air panas
  • Air sejuk

Cara penyediaan bahagian B

Bahan (1)
  • Panaskan periuk
  • Cairkan cheddar cheese
  • *Kalau nak lebih cair, campurkan sedikit susu ibu

Bahan (2)
  • Rendam brokoli dalam air sejuk dan biarkan seketika supaya kotoran yang ada di celah-celah brokoli tersebut keluar
  • Cuci brokoli, potong kecil-kecil dan buangkan batang brokoli
  • Rendam dalam air panas dalam 5 minit

Bahan (3)
  • Blender semua bahan (1) dan bahan (2)
  • Sedia untuk dihidangkan


  


Sekian, selamat mencuba :)

Sunday, July 6, 2014

Resepi Makanan Bayi : Bubur Udang Kentang

Resepi Makanan Bayi : Bubur Udang Kentang

Resepi makanan bayi ini sesuai dihidangkan untuk bayi berumur 8 bulan dan ke atas. Walaupun tak letak bilis, rasa bubur ni masih lagi sedap. Resepi ni kan, nak budak pun boleh ikut makan. Seriusly memang sedap!

Untuk udang tu, boleh letak berapa banyak kita suka, tapi amy letak sekor udang je dan bubur ni bileh buat untuk 3kali makan


Bubur udang kentang


Bahan-Bahan :

- setengah cawan Beras dicuci bersih
- 1 ekor Udang dipotong bersih
- 1biji  Kentang di potong dadu
- Segemgam Sayur Bayam di potong halus
- Air
- Secubit Garam buluh
- Bilis (blender halus, optional, nak letak atau tak nak pun boleh)



Cara- cara :

1. Rebus kentang sehingga empuk
2. Masukkan beras dan bilis kisar dan renehkan sehingga lembut
3. Seterusnya masukkan udang dan sayur bayam
4. Tutup api selepas 3minit dan masukkan secubit garam atau sesedap rasa
5. Makanan sedia untuk dihidangkan


*p/s : Lenyek dahulu kentang sebelum diberikan makan kepada anak anda :)

Selamat mencuba ^_^