Syukur Alhamdulillah, kesihatan Umar semakin baik, sebelum raya hari tu kami ada bawa Umar check darah dan keputusannya semakin bagus dari hb 7 now dah naik jadi 8. Syukur Alhamdulillah. Tapi kami tengah menunggu result penuh Umar. Harap-harap cepat la result tu siap.
Oh ye, kalau ada antara korang yang terlepas cerita mengenai kesihatan Umar boleh la baca dengan lebih lanjut di artikel SEMOGA UMAR SIHAT . Masa 1st chargers di Hospital Pusrawi amy dan husband lupa nak tengok jumlah yang dikenakan untuk konsultasi dari pakar kanak-kanak dan ambil darah.
Umar |
Tapi masa appointment ke- 2 amy tengok cas dia mencecah RM361 hanya untuk 1 botol ubat dan masa konsultasi tak sampai 10 minit untuk result hb Umar. Mungkin tak sampai pun 5 minit. Dan kami agak frust sebab result penuh Umar belum siap lagi, hanya result hb Umar sahaja yang dah keluar.
Kami sebenarnya datang dengan penuh harapan yang kami dapat tahu result keseluruhan hasil dari darah terkini yang kami beri. Hurm...Tapi rasa frust kami berkurangan bila doktor seolah-olah tahu perasaan kami masa tu dan doktor tu bagi hp no dia untuk senang kami hubungi berkenaan dengan result darah keseluruhan.
Memang agak mengecewakan pada mulanya sampaikan kami terkedu. Expectation kami tidak seperti yang sepatutnya. Suami pulak terpaksa ambil cuti dan perjalanan untuk ke hospital Pusrawi lebih kurang 3jam dari rumah kami.
Tapi, kami memang sangat berpuas hati dengan layanan dan penerangan yang diberikan oleh Doktor Azam. Tak sia-sia kami datang dari jauh walaupun kecewa dengan result yang belum siap lagi. Mungkin salah kami jugak sebab tak telefon dulu sebelum datang appointment tu. Kami expect result keseluruhan dah keluar seperti yang dijanjikan.
Actually Doktor Azam agak terkejut yang kami datang dari Pahang. Ye, kami sanggup buat apa sahaja demi yang terbaik untuk anak kami.
Kata Doktor Azam, kes Umar ni sebenarnya normal dan biasa dihadapi oleh baby yang bf sahaja dan bayi berusia 6 bulan ke atas yang sudah mula makan dan antara faktornya mungkin :
- Pemakanan si ibu yang menyebabkan zat tak cukup untuk tubuh badan bayi.
atau
- Bayi tersebut tidak mendapat zat yang cukup kerana sudah mula makan. Mungkin makanan yang diberikan perlu ditambah.
dan dalam kes Umar ni kemungkinan adalah dari susu ibu itu sendiri. Sebabnya sebelum itu amy ganti puasa lama jugak la. So, lepas balik dari hospital, amy terpaksa la tak puasa demi anak. Sini bukan amy nak cerita amy tak puasa ke apa tapi terpaksa tidak berpuasa kerana melibatkan kesihatan anak, total tak puasa 5days. Oh ye, kalau tak puasa kerana kesihatan anak, ibu-ibu perlu bayar fidyah tau. Umar pun kami dah terpaksa bagi susu formula sebagai salah satu makanan tambahan.
Kalau kes bayi hb low, baby akan diberikan vitamin tambahan iaitu zat besi dan asid folic dalam tempoh sebulan dan selepas tu mereka akan uji lagi sekali darah Umar. Kami berharap sangat yang hb Umar semakin bagus. Insyaallah. *untuk gambar ubat tu nanti amy update dalam artikel ni
20hb August 2014 nanti, next appointment Umar, mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan hb Umar semakin bagus. Terima kasih kepada semua kerana doakan yang baik-baik sahaja semoga korang dirahmati :)
yeay..tomeyy..die.
ReplyDeletesaya dtg terjah dr blog dayang deno....
:)
Deletesalam kenal..jemput join segmen nostalgia aidilfitri.. http://whiteroses2013.blogspot.com/2014/08/segmen-nostalgia-aidilfitri-2014-by_8.html
ReplyDeletealhamdulillah. semoga umar makin sihat dan sihat dan dijauhkan dari segala penyakit
ReplyDeleteinsyaallah, dis month ada lagi cek up darah.
Deleteterharu sekejap... akk sanggup dtg dari pahang??
ReplyDeleteakk...saya doakan moga kesihatan umar dan seluruh keluarga akak dalam keadaan baik, atau mungkin lebih baikk.. moga akak sekeluarga panjang umur dan dimurahkan rezekii.. moga umar jadi macam kanak-kanak yang lain yang tak perlu ke hospital... aamiiiin... moga akak tabah okay...
demi anak, ktorg just nak tahu ape yang sebenarnya yang jadi sebab ktorg x dpt jawapan yang meyakinkan... Alhamdulillah, kami dah dpt jwapan..dis month kena cek up darah lagi
DeleteLahai.. kesiannya. Semoga Umar semakin pulih & terus membesar cemerlang dunia & akhirat. Takpe Aime.. tu la hati seoarng ibu. nak bg yg terbaik utk anak
ReplyDeleteinsyaallah, tq suria di atas doa.. amin
Delete