Showing posts with label macam mana nak buat kalau bayi tersedak susu. Show all posts
Showing posts with label macam mana nak buat kalau bayi tersedak susu. Show all posts

Friday, May 30, 2014

SEBAB BAYI TERSEDAK SUSU

SEBAB BAYI TERSEDAK SUSU


Sering kali kita terbaca di dada akhbar mengenai bayi tersedak susu ketika di dalam jagaan pengasuh. Namun begitu artikel ini bukanlah ingin mengungkai mengapa ianya terjadi di dalam jagaan pengasuh tetapi ingin berkongsi serba sedikit maklumat berkenaan masalah bayi tersedak susu yang dirujuk dari Majalah Ibu & Anak.

Sumber gambar SINI


SEBAB BERLAKUNYA TERSEDAK SUSU

Bayi yang mengalami penyakit saraf seperti cerebral palsy iaitu di mana bayi tersebut tidak mampu mengawal penelanan susu boleh mengundang gejala ini. 

Selain itu, bayi yang mengalami masalah Gastro Esophageak Reflux Disease (GERD) iaitu mengalami gangguan pencernaan yang simptomnya seperti jantung terasa membakar dan rasa tidak selesa di bahagian dada boleh menyebabkan bayi tersebut mudah tersedak dan memuntahkan susu keluar.

Jelas Dr Liang lagi " Sebenarnya bayak faktor yang menyebabkan kes ini. Bayi yang mengalami fistula trakeoesophagel, iaitu permasalahan dengan saluran yang bersambung antara penghadaman dan juga saluran pernafasan berisiko untuk mendapat tersedak susu. Bayi yang sedang sawan juga boleh tersedak susu"

Sekiranya bayi yang mengalami bronkitis (radang pada paru-paru) perlu diberi lebih perhatian selepas atau semasa penyusuan.


LANGKAH PENCEGAHAN

Sekiranya mendapati anak anda kelihatan kurang aktif atau tidak sihat segeralah bawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut supaya dapat memastikan tahap kesihatan berada di tahap yang baik.

Sendawakan bayi anda selepas setiap kali penyusuan bagi mengurangkan angin di dalam perutnya sekaligus mengurangkan risiko bayi tersedak susu.


LANGKAH TANGANI SEKIRANYA BAYI TERSEDAK SUSU

Sekiranya bayi anda tersedak susu, jangan baringkan anak anda seeloknya dukung secara menegak selepas menyedut susu keluar melalui mulut  ke mulut untuk memastikan saluran pernafasan tidak tersekat sebagai rawatan kecemasan sebelum membawa ke klinik / hospital berhampiran (tiub khas akan digunakan untuk menyedut susu keluar jika perlu)

Terdapat juga pesanan dari orang tua-tua, sekiranya bayi tersedak susu dan susu tersebut keluar melalui hidung, sedut susu tersebut menggunakan mulut anda di hidung bayi tersebut (sila dapatkan nasihat pakar berkenaan perenggan ini).  

Dan lakukan penyusuan secara duduk berbanding berbaring untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku.


Sumber Gambar SINI


Perlu diingatkan segera bawa ke klinik / hospital berdekatan sekiranya bayi tidak bernafas atau kebiru-biruan kerana jika kekurangan oksigen lebih daripada 15minit, mereka mungkin tidak dapat diselamatkan. 


KESAN SAMPINGAN 

Jika susu telah memasuki ruang paru-paru dan memenuhi bahagian tersebut sehingga menyekat saluran pernafasan, kanak-kanak tersebut boleh maut.

Jika susu tersebut hanya masuk sedikit, kanak-kanak tersebut mungkin mendapat jangkitan kuman. Rawatan oksigen dan antibiotik akan diberikan.

Kandungan oksigen dalam darah yang terlalu rendah juga mungkin boleh merosakkan otak dan berlakunya terencat akal.




Artikel berkaitan :