Assalamualaikum
Pertama sekali amy nak ucapkan tahniah dekat korang semua yang mendapat keputusan SPM baru-baru ni. walaupun ada result yang tak gempak jangan sesekali berduka lara...haa...gituee....
Jangan takut tak dapat kerja ke sambung belajar ke apa kan. sekadar nak ceritakan satu contoh sikit :
Minah ni result SPM dia gitu-gitu je, biasa je, tak ada la best pun. Semua orang kutuk-kutuk dia bagai sebab result SPM dia yang tak gempak. Tapi dia redha je...sabar je, dia tak dapat tawaran belajar dekat mana-mana pun. Dia buat bisnes kecik-kecik, buat strategi sikit, pergi kelas belajar pasal bisnes sikit. Sekarang ni dia dah jadi jutawan, dia dah ada wisma sendiri. siapa dia? buat masa ni, amy rahsiakan siape minah ni... :) (kalau amy rajin, nanti amy ceritakan siapa dia ni. ni cite benar dan bukan cite menipu)
Kesimpulannya, rezeki Allah ada dekat mana-mana, yang penting kita jangan berputus asa dan teruskan berusaha.
ok dekat sini amy nak ceritakan sikit la pengalaman amy masa lepas SPM, tapi keputusan semuanya atas diri sendiri, dekat sini sekadar nak menceritakan mengenai pengalaman dulu masa dapat result, apa yang perlu dibuat dan apa hala tuju selepas dapat keputusan SPM.
Sebarang keputusan lepas korang baca pengalaman ni, jangan la korang salahkan amy kalau tersalah buat keputusan ke apa, sebabnya bukan amy yang hasut atau suruh buat keputusan begitu begini. Apa-apa pun korang kena berusaha untuk berjaya tak kira apa pun korang buat. sila baca sini untuk details disclaimer
HALA TUJU SELEPAS SPM, KE MANA?
Buat keputusan ikut kehendak dan minat sendiri sebab kenapa amy cakap macam ni? sebabnya dulu amy pernah rasa pengalaman terpaksa belajar jurusan yang amy tak minat. masa SPM dulu amy terpaksa sambung jurusan kejuruteraan awam di sekolah teknik sebab ummi amy nak sangat tengok anak dia jadi ENGINEER. Amy study masa SPM pun setakat study untuk lepas masuk universiti. minat tak ada tapi study memang kena la betul-betul kalau tak, nanti tak tercapai cita-cita nak jadi Software Developer. tapi amy tak pernah salahkan ummi amy, sebab dari situ la baru amy tahu yang minat amy sebenarnya lebih kepada IT.
habis SPM amy sambung amik sijil belajar komputer dalam beberapa bulan sementara tunggu result SPM keluar. Bila result dapat je, amy apply semua jurusan yang berkaitan dengan it kecuali bahagian networking sebab bagi amy, kalau amik networking nanti ruang kerja lebih kurang je macam kerja jurutera awam dan seriusly amy tak minat.
Berikut ada beberapa senarai yang boleh korang rujuk untuk buat pilihan nanti :
- Sijil Kemahiran (contoh giat mara)
- Tingkatan 6 (STPM)
- MATRIKS
- Diploma
- Program Ijazah (Tajaan JPA/PETRONAS) untuk maklumat lanjut klik sini
MEMBUAT PERANCANGAN AWAL
Perkara pertama yang perlu buat selepas dapat keputusan SPM adalah membuat perancangan awal akan masa depan dan tahu matlamat masa depan nanti nak jadi apa. Contohnya, kalau cita-cita nak jadi Software Developer macam amy dulu, dekat borang UPU atau Politeknik tu, letak la semua jurusan yang berkaitan dengan Software Developer. simple je tips ni dan memang menjadi.
Tapi bergantung juga pada nasib. Mungkin amy bernasib baik sebab tu dapat sambung terus lepas SPM. ye, maybe sebab result SPM tu dan untuk sambung belajar di IPTA contohnya, mereka ada sistem mereka sendiri untuk kira-kira kelayakan masuk ke IPTA.
NEGERI / NEGARA PILIHAN UNTUK SAMBUNG BELAJAR
Seingat amy dulu la kan, masa isi borang tu, kita boleh refer kod jurusan tu ada dekat universiti mana atau politeknik mana. untuk yang matrik amy tak tahu macam mana nak isi sebabnya amy langsung tak isi borang untuk masuk matrik sebab impian dah jelas. Dah target, nanti aku nak masuk sama ada IPTA atau Politeknik je dan dah senaraikan nanti nak study dekat negeri mana dan tak nak study dekat negeri mana.
Kalau korang tak ada target baik set target / matlamat korang dari sekarang sebab sebenarnya ramai je kat luar sana tu yang tak tahu apa target dorang. main letak je jurusan apa nak amik. oh ye, diingatkan ye, make sure jurusan yang korang nak amik tu sesuai dengan result SPM korang
Sumber gambar dari SINI
Sambung semula dengan negeri/negara pilihan tu, amy memang tak pilih jurusan yang ada dekat negeri Pahang sebabnya nak merantau la konon. Nak berdikari...tapi tak nak la jauh2x sangat. Last-last dapat kat Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu (PSMZA) dalam jurusan pengaturcaraan.
Alhamdulillah. memang best gile study dekat sana. Environment best gile, lecturer pun best2x...serba-serbi memang best...syok sangat belajar dekat sana,dah la dekat dengan pantai, tapi shopping complex jauh sikit la, sesuai la dengan niat nak sambung belajar. bukannya nak pergi shopping ke apa kan.
BEST KE SAMBUNG DIPLOMA DI POLITEKNIK?
Best? ye memang best. masa diploma banyak peluang amy dapat, antaranya dapat merasa environment belajar yang lain dari masa sekolah dan environment belajar di Politeknik tak sama dengan Universiti, dah tak payah pakai baju seragam sekolah, peluang untuk sertai aktiviti outdoor lebih banyak dan pelbagai antara aktiviti yang amy pernah join masa belajar dekat PSMZA, amy dapat mendaki Gunung Kinabalu, ekspedisi jelajah hutan Belum Perak, ekspedisi Jejak Mat Kilau dan banyak lagi.
Itu baru aktiviti yang dibuat diluar politeknik yang dianjurkan oleh mereka, belum lagi aktiviti dalam politeknik, contohnya wall climbing, hoki, badminton, skateboard.....arghhh...banyak lagi la..gile2x syok....memang best gile-gile, facilities dia memang banyak...adik amy yang masuk politeknik pun cakap dia suka masuk politeknik. tempat belajar yang paling best bagi ktorang. adik amy siap cakap, memang tak menyesal pergi sambung kat sana dan dia sorang2x, dia seketul tu je student yang dapat sambung study dekat politeknik tu dari sekolah dia.
tapi...apa-apa pun semuanya kena datang dari diri sendiri, kena belajar bersungguh2x untuk berjaya. walaupun sambung diploma tapi result teruk, memang susah sikit la hidup nak sambung mana-mana2x lepas habis study.
Alhamdulillah, akhirnya dapat gengam diploma, kalau ada yang tak baca lagi entry tu boleh la baca di Umi dgn abah xmampu beli bunga besar, bunge kecik je… actually hari tu hari yang agak mengharukan...seriusly terharu dengan kata-kata ummi dan abah :') terima kasih untuk ummi dan abah, angah akan cuba penuhkan hasrat ummi dengan abah seperti di entry Antara Hasrat Ummi, Abah dan Kehendak Hati
CEMERLANG DIPLOMA, TAHUN PENGAJIAN IJAZAH DAPAT DIPENDEKKAN
Untuk memendekkan tahun pembelajaran masa ijazah, amy buat research sikit sebelum sambung ijazah dulu, antara universiti yang boleh pendekkan tahun pembelajaran untuk diploma bagi lepasan politeknik adalah Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Luckily, amy dapat pendekkan pengajian sebanyak 1 tahun di sana. Pengajian ijazah yang sepatutnya ambil masa selama 3tahun setengah, dapat dipendekkan menjadi 2 tahun setengah. Gile nikmat! Result diploma tak de la gempak mana pun, tapi ok la..Alhamdulillah..tapi lagi..memang kena struggle la study tu, jadual memang padat tapi berbaloi-baloi.
amy dengan salah seorang BFF - siyamla atau nama manja dia amy panggil shasha
kitaorang kenal since diploma dan tak pernah sangka yang kitaorang sambung degree dekat universiti yang sama dan dalam jurusan yang sama dalam kelas yang sama sebab masa apply degree amy apply sorang-sorang je, "just follow my heart and don't think to much what people will say with your decision...decision of your future. Just do it!" haha gitueee...
lepas tu praktikal pulak tahun akhir untuk jurusan Software Development, habis praktikal terus boleh sambung kerja dekat tempat praktikal. most of the classmate semuanya dapat sambung kerja dekat tempat praktikal. Termasuk la amy hihihihihi habis praktikal terus dapat offer kerja. dah tak payah dah sibuk2x nak apply kerja sana sini...Alhamdulillah...perjalanan hidup amy agak mudah dan lancar. syukur yang tak terhingga.
Betul tu, jangan sibuk nak ikut kawan. tak semestinya minat sama, tak semestinya kemampuan ibu bapa kita sama nak tanggung kita belajar nanti..fikirkan juga yuran nanti. Ini dari pengalaman amy, adik amy sibuk nak ikut kawan dia belajar dekat satu tempat ni, amy tak bagi ikut, lagipun yuran dia 1 semester terlampau mahal dan lagi nanti habis belajar dia confirm terbeban dengan hutang pinjaman pelajaran yang terlampau banyak, dan tak sampai seminggu kawan kepada adik amy tu berhenti belajar dan sambung tempat lain.
Kalau la adik amy ikut dia, tak ke naya? kami bukan dari family yang kaya raya. hidup sederhana je. So buat keputusan yang bijak. dan adik amy pernah cakap beberapa minggu lepas (dia dah kerja lebih kurang 3tahun lepas tamat belajar) "nasib baik aira ikut cakap angah, bersyukur sangat sebab aira tak dengar pujukan kawan-kawan" kadang-kadang nasihat dari family kita kena dengar sebab biasanya mereka tahu what is the best for us.
kalau masih pening-pening lalat boleh juga tengok sini untuk hala tuju selepas SPM
atau
kalau nak apply UPIM atau nak tahu cara apply UPIM boleh klik sini
atau
nak tahu cara pengiraan merit yang melayakkan sambung belajar di mana-mana IPTA boleh la klik SINI untuk slide dan ini antara link yang paling bagus setakat ni untuk korang refer.
Setakat ni tu je yang amy dapat share dengan adik-adik semua. buat pilihan yang bijak untuk masa depan korang.
*amy sekarang ni dalam konflik mencari diri sendiri dalam cara penulisan... semoga amy mendapat cara penulisan yang boleh buat amy happy dan selesa. untuk entry kali ni amy mula rasa selesa dengan cara penulisan sekarang. hope berkekalan.