Showing posts with label creative laundry room. Show all posts
Showing posts with label creative laundry room. Show all posts

Saturday, December 14, 2013

Semut

Semua orang aku rasa tahu semut ni sejenis serangga yang buat kerja mesti nak bergotong-royong kannn..kalau tak bergotong-royong, tu bukan kategori semut. Kooottt


Aku sebenarnya dilema dengan semut ni, tapi aku tak de lagi la letak ubat semut nak bunuh semut. Mula-mula pindah rumah ni, sekor semut pun tak ada.

One dah tu, ku tengok, banyak semut, makin lama makin banyak, laki aku kerja dia spray semut je...

Aku tukang tengok.

Aku pernah try cara ni "Wahai rakyat Nabi Sulaiman, aku hendak melihat rumahku bersih, sekiranya engkau ingin membuat sarang, kau buatlah diluar rumahku ini, dan sekiranya engkau ingin selamat, kau buatlah laluan diluar rumah ku"

Semut tu yang asalnya buat laluan ikut bawah, sikit-sikit tukar laluan makin atas, semakin tinggi, nah kau, dia buat sarang kat atas pulak. Aku dengan laki aku syak la, berdasarkan laluan semut ni, semut-semut ni buat sarang kat atas siling.


Sarang semut tu Alhamdulillah aku tengok tak de dah dalam rumah, kalau tak, kadang-kadang tu aku belek-belek majalah yang bulan-bulan lepas, selalu je ada sarang semut.

Tapi sekarang ni, kita orang laki bini pelik, bila tengok semut banyak mati kat sinki, mula-mula aku syak laki aku spray semut, rupa-rupanya dah lama dia tak spray semut-semut tu...ye la, berjemaah semut-semut tu mati bergelimpangan dekat sinki aku.

Aku hairan koottt...jakun pun ada....


Bini   "Sayang, sayang spray ke semut-semut tu?"
Laki   " Tak lah, mana ada, dah lama tak spray"
Bini    "Ye ke? Hari ni je 2 3 kali duk bersih sinki, banyak betul semut mati"
Laki    "Betul la sayang, tak spray pun"
Bini     "Hurm....semut ni bunuh diri ke ape?"
Laki     "Ye la tu kot..."
Bini      "@#$/^_^&*,-?;@^@("




Tetiba rasa nak buat laundry room macam ni....nanti aku update sumber gambar dari mana, dah terdelete pulak huhu

Creative kot laundry room ni

Sekian...thank you for reading ^_^