Showing posts with label Nashkah hebat. Show all posts
Showing posts with label Nashkah hebat. Show all posts

Saturday, March 15, 2014

Naskah Denaihati Pilihan Hati

Pada entry sebelum ini saya pernah memaparkan gambar-gambar semasa menghadiri majlis #SBB2014 #SBBYEOS dan salah satu gambar yang terdapat pada entry tersebut ialah naskah dari Tuan +Denaihati Ilhamku (Tuan Amir) . 


Perkara pertama yang membuatkan saya tertarik ketika melihat isi dalam goody bag semasa event tersebut ialah naskah denaihati



Sempat saya mencuri baca beberapa muka surat naskah Denaihati ketika event sedang berlangsung kerana teruja melihat kandungan yang terdapat di dalamnya. Sekali imbas sahaja isi kandungan di dalam naskah tersebut pasti membuatkan seseorang itu teringin membacanya di mana isi kandungannya yang menarik perhatian.


Tersentak hati saya apabila melihat muka surat yang tertera "BERANI GAGAL" dan dengan segera menyelak halaman berikutnya. Ianya menceritakan mengenai rakan kongsi yang tidak jujur. Teringat pengalaman satu ketika dahulu, saya menjalankan perniagaan secara online ketika masih belajar di salah sebuah universiti di Malaysia, dan income bulanan ketika itu mampu mencecah sehingga RM2000.00 sebulan setelah berpenat lelah selama lebih kurang 2 - 3 bulan. 


Setelah setahun menjalankan perniagaan tersebut, ianya lingkup begitu sahaja kerana terlalu percayakan rakan kongsi yang saya serahkan tugas menguruskan perniagaan tersebut sepenuhnya kepada beliau pada saat-saat menghampiri kejayaan. Setelah sebulan saya serahkan kepada beliau, income semakin kurang dan akhirnya tiada pun jualan yang berjaya dilakukan, dan akhirnya perniagaan tersebut saya tutup kerana ingin fokus 100%  pada peperiksaan dan final projek semester akhir dan tidak mampu memberikan komitment kepada perniagaan tersebut.


Kerana kejadian tersebut, saya sukar untuk mempercayai rakan kongsi walaupun ada yang cuba menawarkan diri pada ketika ini (Oh ya, untuk pengetahuan semua saya sedang setup semula perniagaan online saya ketika ini, bangkit semula walaupun pernah gagal satu ketika dahulu).


Selain itu, isi kandungan lain yang terdapat di dalam naskah Denaihati adalah mengenai pengalaman beliau menjelajah ke luar negara. Pelbagai perkara yang di kongsikan termasuklah mengenai aplikasi yang boleh digunakan untuk mengetahui restoran makanan halal. Sungguh saya tak terfikir yang wujudnya aplikasi sebegini yang memudahkan kita umumnya masyarakat Islam mencari destinasi restoran yang menjual makanan halal di luar negara.




Ilmu blogging yang para blogger perlu kuasai juga merupakan perkara yang perlu para blogger ketahui dan Tuan Amir dengan murah hati telah berkongsi di dalam buku nya itu. Melalui ilmu tersebut jugalah saya sedang praktiskan sekarang. 


Terima kasih Tuan Amir di atas perkongsian tersebut dan naskhah percuma ini dan suka saya tekankan di sini bahawa naskah ini perlu di miliki oleh setiap blogger dan kalau ada yang ingin mengetahui antara isi kandungan yang terdapat di dalam naskah denaihati ini boleh la layari www.denaihati.com di mana antara isi kandungan laman tersebut telah di bukukan.


Perkara yang paling saya ingat melalui naskah ini adalah "Hidupkan untuk memberi kerana harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal" sama-sama kita renungkan dan amalkannya.