Friday, March 13, 2015

Resepi Kek Butter Rangup Paling Senang dan Sedap !




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, lama amy tak update blog.
Busy sedikit.

Di kesempatan kali ini, amy nak kongsikan resepi Kek Butter Paling Mudah, simple, cepat dan sedap. Baru pagi tadi amy teringin sangat nak makan kek homemade. Tapi nak resepi yang ringkas dan cepat...campak2x terus siap...gituee....sebabnya amy tengah dalam mood MALAS. So kalau korang rasa korang sangat malas tapi nak makan kek homemade, boleh la guna resepi yang amy kongsikan ni :)


Kek Butter Yang Rangup




Bahan2x Kek Butter PALING SENANG dan SEDAP :


Bahan-bahan


1. 3 sudu Butter  / mentega dibiarkan mencair mengikut suhu bilik 
2. Setengah cawan Gula kastor * nak guna gula biasa pun boleh
3. 1 cawan tepung gandum
4. 1 sudu kecil Esen vanila
5. 3 biji telur



Cara-cara membuat kek butter :




1. Ayak tepung ke dalam mangkuk



2. Masukkan gula dan butter ke dalam adunan tepung tadi dan gaul
korang boleh gaul kesemua bahan ini mengikut cara tersendiri, amy tak ada mesin mixer. so marilah kita gaul pakai benda alah ni dengan penuh kemesaraan dan kasih sayang.



3. Gaul punya gaul...jadilah macam ni, so masukkan telur



4.  Keje korang gaul je, pakai garfu pun boleh...nak pakai sudu pun boleh, as long korang boleh jadikan semua bahan2x tu macam dalam gambar kat atas ni, nampak gebu kaaannn? :D

sekejap je gaulnye pun..bukan lama...bila dah sebati semua bahan, tu tandanya korang dah boleh berhenti kacau semua bahan2x tu



5. Lepas tu sapukan butter/ mentega pada loyang korang. Kalau tak nak sapu pun tak pe..korang boleh je merasa kek korang melekat dekat loyang tu....

sebenarnyaaaa kan...nak kasi tauuu......nanti susah woii nak keluarkan kek dari loyang kalau tak sapu butter / mentega



6. Makanya, setelah siap sapu butter/mentega pada loyang tadi, korang letak separuh adunan kek butter ke dalam loyang tu, nak letak terus semua pun boleh. Tapi tiba2x je amy rasa nak letak cheese..

Parmesan cheese pun jadilah hahahaha



so this is an additional item yang tiba-tiba amy rasa nak letak....
Tabur lah parmesan cheese tu ikut suka hati korang..tak nak letak pun tak pe...

kalau nak gantikan dengan coklat chips ka, coklat rice ke atau bahan2x lain pun boleh 

Bila dah siap tabur parmesan cheese, tuangkan balance adunan sampai habis ke dalam loyang.


Makanya, terhasillah rupa begini

opsss..sebelum tu, jangan lupa panaskan oven 170 darjah celcius selama 10 minit or agak2x dah panas kan...kurang dari 10minit pun boleh sebenarya, bergantung pada jenis oven masing2x

Bila oven dah panas, masukkan adunan kita tadi ke dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 20 minit.


Kalau suka crunchy hitam macam kek amy, boleh guna api atas bawah, kalau tak suka dan nak hasil yang kononya perfect gitue, guna api bawah sahaja :D



Tips : macam mana nak tahu kek dah masak dengan sempurna atau pun tidak?

- Amik garfu, cucuk pada kek sampai kena pada permukaan loyang dan angkat semula garfu tu, kalau garfu tu basah, melekat2x dengan kek, tandanya kek belum masak. Kalau tak ada apa2x melekat pada garfu, tandanya kek sudah masak dengan sempurna :D


selamat mencuba

Wednesday, January 14, 2015

Teaser : Shawl Instant Qaisara Roses



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Syukur Alhamdulillah akhirnya berpeluang untuk update entry setelah tertangguh beberapa minggu disebabkan banjir. Alhamdulillah rumah amy tak kena banjir tapi line internet TERPUTUS. So duduk la kembali kepada kehidupan normal seperti sebelum kewujudan internet.


Dalam pada itu, nak hebohkan dekat semua mengenai Shawl Instant Qaisara Roses  yang akan di update pada hari Jumaat ini di www.fieramy.com , fan page Fieramy , Instagram @Fieramy .

Material Shawl Instant Qaisara Roses  di perbuat daripada kain jorjet chiffon yang berkualiti dan berat serta tidak jarang. Di hiasi manik, lace dan bunga roses dihujungnya dan terdapat build in kerongsang pada shawl ini.

Jadi masalah KERONGSANG YANG SELALU HILANG pastinya tidak akan timbul lagi. Shawl Instant Qaisara Roses merupakan shawl pertama yang direka khas mempunyai build in kerongsang di bahu.

Paling best mengenai Shawl Instant Qaisara Roses ialah....jeng jeng jenggg..


Masa pemakaiannya hanyalah 5 saat sahaja! 

Trademark Shawl dari Fieramy ialah, jahit tepi tudung menggunakan 2 warna berbeza dan build in brooch dilekatkan pada selendang kami...nak tahu macam mana rupanya?

Nantikan 
Shawl Instant Qaisara Roses  pada JUMAAT, 8 pagi ini. Oh ye, bagi setiap pembelian 2 helai Shawl Instant Qaisara Roses  korang akan dapat FREE GIFT sehelai shawl dan 2 pcs kerongsang..

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!!!


Facebook : Fieramy
Website : www.fieramy.com
Instagram : @fieramy 


Tuesday, December 9, 2014

Review : Baju Kurung Regina, Sesuai untuk Ibu Menyusu, Wudhu Friendly



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau di imbas kembali suatu ketika dulu, susah betul nak dapat baju kurung menyusu yang selesa dan design terkini. Balik- balik design yang sama, cuma warna dan corak je yang berbeza. Tapi sekarang dah ada pelbagai pilihan buat ibu-ibu semua.

Kini, menyusu lebih mudah dengan Baju Kurung Regina by Zana Hassan di mana terdapat zip sorok di bahagian hadapan. Bukan sahaja mudah untuk menyusu malahan turut mudah untuk mengambil wuduk. Ini merupakan antara ciri-ciri baju yang wajib ada bagi para muslimah.

Menggunakan kain lycra yang berat dan berkualiti pastinya memberi lebih keselesaan kepada para ibu-ibu semua. Oh ye, walaupun korang bukan seorang ibu, masih juga boleh menggayakan baju dari koleksi Regina ini.

Berikut merupakan antara koleksi dari baju kurung Regina :






Terdapat pelbagai lagi koleksi yang menarik untuk dipilih sekiranya korang berkunjung ke [klik] SINI . Dah tengok? Teringin hendak mencuba? Tertarik dengan design baju kurung Regina? apa tunggu lagi. Segeralah menempahnya!

Untuk Tempahan Hubungi


Whatsapp/Telegram : 018-3828740
Wechat : zanahassan
Instagram : Dezana_boutique

Saturday, December 6, 2014

Gedung Online Barang Makeup by Adibah Hadi



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Siapa nak cari produk kecantikan? Nak cari High BeamLong Lasting Water Prof LipgosCathy Choo kegilaan ramai dan pelbagai jenis barang kecantikan yang lain? 


Atau mencari gadjet seperti power bank tak kira jenis, pendrive on the go jenama Kingston, Samsung, Sandisks, LG dan banyak lagi dalam satu kedai online sahaja?



Kini korang dah tak perlu beli dari kedai online yang berbeza sebabnya Adibah Hadi ada menawarkan pelbagai product kecantikan dan gadjet di bawah satu (1) bumbung. 


Tak payah pening, semuanya ada dibawah satu bumbung sahaja :)
sumber gambar SINI



Jadinya, di pendekkan cerita, korang bukan sahaja dapat menikmati penjimatan dari segi kos pengeposan tapi juga boleh menikmati layanan yang sangat baik dan friendly dari ownernya.

Berikut merupakan lain-lain produk yang ditawarkan oleh adibah hadi. Naik rambang mata dibuatnya, semuanya rasa nak beli je dari Adibah Hadi




Wonder Patch pun ada tauuu...


Tak puas lagi cuci mata tengok gambar-gambar product? Nak tengok lagiii??? Nak tengok baaaanyaaakk lagi??? apa tunggu lagi...laju-laju hubungi Adibah Hadi! Pasti korang tak akan kecewa dengan layanan dari beliau.


Cara hubungi :

Whatsapp dan Telegram : 017 - 2958096
Facebook : [click / search] Adibah Hadi
Blog : [click ] Adibah Hadi