Assalamualaikum
Terdapat pelbagai cara untuk langsing atau kurus selepas bersalin antaranya menggunakan TEKNIK KURUS DENGAN ATKINS atau boleh juga mencuba teknik JOM LANGSING. Tapi untuk entry kali ini amy nak share la sikit tips amy sendiri bagaimana amy boleh kekal langsing selepas bersalin ini.
Kenapa amy dengan murah hatinya ingin berkongsi dengan ramai orang tips ni sebabnya ramai yang tanya macam mana amy maintain slim / kurus selepas bersalin baru-baru ni. Sampaikan ada yang cakap amy ni macam orang tak pernah beranak padahal anak dah sorang. Sebenarnya amy makan macam biasa je, just amy still berpantang, tapi bukan berpantang macam 44hari selepas bersalin tu, tapi amy berpantang ikut bulan dan tahun selepas bersalin.
Kenapa amy dengan murah hatinya ingin berkongsi dengan ramai orang tips ni sebabnya ramai yang tanya macam mana amy maintain slim / kurus selepas bersalin baru-baru ni. Sampaikan ada yang cakap amy ni macam orang tak pernah beranak padahal anak dah sorang. Sebenarnya amy makan macam biasa je, just amy still berpantang, tapi bukan berpantang macam 44hari selepas bersalin tu, tapi amy berpantang ikut bulan dan tahun selepas bersalin.
Sebenarnya ramai yang tak amik pusing berpantang selepas berpantang 44hari ni, kebanyakanlah dari hasil dari research yang amy buat serba sedikit, after je habis pantang 44hari, dorang makan sungguh-sungguh, makan macam tak pernah jumpa makanan, lepastu, minum minuman berais sungguh-sungguh.
Ya! memang la nak bedal sungguh-sungguh makan tu, tapi takkan la setiap kali makan nasi dengan lauk bertambah sampai 3 kali?
Makan tu biarlah bersederhana, amy ngaku, amy pun kadang-kadang makan banyak sebabnya selalu rasa lapar, "kadang-kadang tu, nasi masak 2 put pun amy boleh habiskan sekali harung je." Situ nampaknye amy dah bertukar jadi monster! haha
Normal la kan kalau ibu-ibu yang breast feeding baby selalu lapar. Kadang-kadang amy dah siap makan nasi, amy sambung makan koko krunch, sambung makan kek coklat. Side dish tu wajib ada almost each time amy makan. Tak pun tukar daripada makan nasi banyak-banyak sampai 2 3 pinggan kepada side dish yang lebih ringan. Boleh nak makan banyak, tapi jangan la selalu.
Sumber gambar - Klik
Pantang selepas berpantang 44hari yang amy sangat-sangat la titik beratkan dan ini lah rahsia terbesar amy kekal solid dan slim selain dari amalkan pemakaian korset premium beautiful, amy NEVER TOUCH ICE. NEVER NEVER AND NEVER TOUCH AN ICE! Tak kira la milo ice ke, teh o ice ke, anything yang ada perkataan ice amy tak kan sentuh. Antara sebab lain amy tak sentuh ice ni, ice memang sejuk pada pandangan dan rasa luaranya tetapi ice ni sebenarnya panas. tu jugak antara sebab mommies lepas habis pantang 44 hari badan selalu rasa lemah, rasa sengal sana, sengal sini sebabnya ice ni la yang melemahkan urat-urat badan kita wahai kaum hawa sayang oi (tips dari orang-orang tua dulu-dulu dan mak-mak bidan)...
Perasan tak kalau orang on diet, depa tak sentuh ice? sebab pe? kalau minum ice ni, lemak-lemak dalam badan jadi tepu, susah nak slim.
Slim Selepas Bersalin ni sebenarnya tak ramai yang mampu nak maintain, maybe ada yang boleh maintain sebab dia memang spesis kurus kering, atau ada masalah, stress ke apa kan, itu lain cite la. Ni cerita untuk mereka yang tak ada kaitan dengan spesis seperti yang diterangkan tadi. Oh ye, alasan kurus sebab breast feeding baby pun sometimes tak jugak, sebab ramai je yang breast feeding baby tapi body montok jugak. Tips Slim Selepas Bersalin ni adalah salah satu cara atau usaha yang korang boleh lakukan untuk maintain slim :)
Tips Slim Selepas Bersalin ni boleh la korang amalkan. Sebenarnya, kalau korang tak sentuh ice lepas berpantang 44hari, bukan body je slim tapi dalaman pun lebih sihat.
Selamat mencuba, jangan lupa makan jamu dan oh ya jika ada yang tak mampu hidup tanpa ice / air batu / air sejuk, korang juga boleh menggunakan tips yang amy bagi atau TEKNIK KURUS DENGAN ATKINS atau kalau rasa susah jugak boleh cuba teknik ini JOM LANGSING