Showing posts with label mini give away. Show all posts
Showing posts with label mini give away. Show all posts

Sunday, September 14, 2014

Senarai Peserta untuk Mini Give Away by Aimie Mokhtars

Assalamualaikum dan terima kasih sebab masih belum delete post mengenai entry Mini Give Away by Aimie Mokhtars.

Anyway big big thanks sebab sudi support mini giveaway yang pertama kali amy buat ni, maaf kalau ada kekurangan dari segi masa untuk mengumumkan pemenang.

Rasa-rasa korang, nak share hadiah kepada 3 orang atau seorang sahaja yang bolot bawak balik hadiah tu? Jawapan di tangan korang semua ye :)  Say "Yes" untuk share hadiah say "NAY" untuk bolot sorang je hadiah2x tu....



Oh ye, berikut merupakan senarai peserta yang dah sertai mini give away dan amy dah schedule Jumaat depan bagi mengumumkan pemenang Mini Give Away by Aimie Mokhtars. Entry dah ada tapi pemenangnya belum ada, amy akan menggunakan random.org untuk memilih pemenangnya.



Tuesday, April 8, 2014

Mini Giveaway Blog Melastik Bintang 2014

Assalamualaikum 

Hari ni amy nak share sedikit info berkenaan Mini Give Away 'Sweet Moment' by blog Melastik Bintang yang mana syarat-syarat penuh mini give away tersebut boleh la korang tengok di SINI.


Antara Syarat Penyertaan

Mini Give Away ni tersangat la simple je syaratnya, antara syaratnye adalah anda diminta letakkan satu (1) gambar bersama anak/anak saudara/bayi/budak kecil, yang anda rasa ianya gambar yang paling ‘moment‘ buat anda.


Hadiah

Hadiah yang akan diterima oleh pemenang adalah DVD : Dunston Baby Language ( DVD kenali bahasa bayi anda). Penting juga dalam memahami bahasa bayi ni sebenarnya. Semua ibu-bapa wajib miliki DVD ni dan kalau nak FREE jangan lupa join mini give away ni. 




Sweet moment

Gambar berikut merupakan saat-saat pertama kali amy bawa anak teruna amy bermain-main di pantai. Masa mula-mula amy letakkan kaki Umar di pasir pantai, menggeliat-geliut satu badan si Umar ni, bila ombak yang pertama datang menerpa kaki Umar, Umar dah start excited.

Tengok gambar kat bawah ni, suka sangat si Umar sampaikan tiba-tiba je boleh nak berlari atas air.



Our sweet moment di Pantai Batu Hitam, Kuantan, Pahang <3



Sedikit perbualan amy dengan abah amy selepas naik dari pantai ke darat :-

Me: 

tadi main kat pantai, umar jenjet masa mula-mula kena pasir pantai....lepas tu ombak datang, umar terus melompat-lompat excited, siap main pasir ♥ 


Abah :

sama la macam masa mu kecik dulu, abah buat gitu la, mula-mula kaki jenjet macam geli-geli..lepastuuuuuuuuu lompat-lompat 

#love #beach#kuantan #abah #sayangabah #umarqaiser


Ok...sampai di sini sahaja entry amy kali ini dan apa tunggu lagi?Cepat sertai Mini Giveaway by Blog Melastik Bintang 2014 ni!