Showing posts with label SEO Tutorial. Show all posts
Showing posts with label SEO Tutorial. Show all posts

Friday, March 14, 2014

Cara mengedit blogspot template agar mempunyai sedikit sentuhan SEO

Kesedaran terhadap mempelajari teknik SEO saya sedari setelah menyertai majlis SBB2014 SBBYEOS2014. Rupa-rupanya betapa pentingnya mempelajari teknik SEO supaya blog kita berada TOP RANK di search enjin. Dan ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan SERP.

Setelah balik dari SBB2014, saya telah melakukan sedikit sentuhan SEO kepada blog saya.
dan Oh wow! Saya tak malu menceritakan kelemahan blog saya, sebelum ini user view di blog saya hanyalah sekitar 80 - 100++ sahaja per day (walaupun kadang-kadang rajin blogwalking sehingga melebihi 20 buah blog sehari, user view masih tak mampu mencapai lebih dari 500) tapi setelah melakukan sedikit sentuhan SEO, user view meningkat kepada 700++ per day. Alhamdulillah.

Apakah itu SEO (Search Engine Optimization)

Cara-cara mengedit blogspot template agar mempunyai sedikit sentuhan SEO :


Pergi ke ruangan Design > Template > Choose Edit HTML dan seterusnya sila ikut nota seperti di bawah :

1. Page Title

Default format yang sedia ada pada blogspot biasanya adalah seperti ini :
- Tajuk Blog | Tajuk Posting

Untuk membuatkan blog kita disukai oleh google umumnya yang merupakan salah satu top search engine, kita perlulah mengubah default format kepada: - 
- Tajuk Posting | Tajuk Blog

Caranya :-
   
a. Cari code <title><data:blog.pageTitle/></title> di EDIT HTML
b. Selepas itu gantikan dengan code berikut :- 

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>

ataupun boleh juga digantikan dengan code berikut untuk menambah beberapa keyword :-

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/> | Kata kunci (keywords)  | Kata kunci (keywords) </title>
</b:if>

2. Meta keywords dan descriptive

Google search enjin akan lebih mengenali website / blog yang mempunyai content yang jelas atau dikenali dengan meta tag. Caranya hanyalah dengan menambah code berikut di atas <b:skin><![CDATA[/*  :-

<b:if cond='data:blog.url == data:blog.homepageUrl'>
<meta name="description" content="Description blog anda" />
<meta name="keywords" content="keywords, keyword, keywords, keywords, keywords" />
</b:if>

Selepas itu save template.


Saya hanyalah blogger biasa yang baru belajar mengenai SEO dan semoga entry kali ini dapat memberi manfaat kepada beginner SEO. Nota yang disediakan ini hanyalah basic yang saya sempat tulis pada hari ini.

Kepada Otai SEO, mohon komen kalau ada salah dan silap dari entry ini. Terima Kasih :)