Showing posts with label Morning sickness. Show all posts
Showing posts with label Morning sickness. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

Kelebihan Wanita Yang Mengalami Mual Semasa Mengandung

Alhamdulillah, mudah-mudahan betullah macam artikel kat bawah ni, sebab amy masa morning sickness aritu memang teruk sangat..sampai turun berat badan......

---------------


Terdapat sebilangan wanita mengandung yang akan mengalami muntah atau mual terutamanya di waktu pagi. Tapi jangan bimbang, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Berikut disenaraikan kelebihan bagi wanita-wanita mengandung yang mengalami mual atau muntah terutamanya di awal kehamilan:

1. Risiko keguguran lebih rendah dibanding dengan mereka yang tidak mengalaminya.

2. Mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda. Kepekaan ibu terhadap pelbagai makan dapat menjauhkannya dari makanan yang berpotensi membahayakan si bayi yang belum lahir.

3. Kematian bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami mual-mual.

4. Mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra-matang.

5. Lebih tingginya berat lahir.

6. Lebih rendahnya kecacatan selepas dilahirkan.

7. Ukuran plasenta bertambah - Kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya pertambahan berat badan di awal kehamilan. Kurangnya berat badan menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin yang sedang tumbuh. Plasenta yang lebih besar menjamin tersedianya makan dan oksigen yang sihat.



Artikel : Kelab Soal Jawab Ibu dan Bakal Ibu