Friday, March 13, 2015

Resepi Kek Butter Rangup Paling Senang dan Sedap !




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah masih dipanjangkan umur, lama amy tak update blog.
Busy sedikit.

Di kesempatan kali ini, amy nak kongsikan resepi Kek Butter Paling Mudah, simple, cepat dan sedap. Baru pagi tadi amy teringin sangat nak makan kek homemade. Tapi nak resepi yang ringkas dan cepat...campak2x terus siap...gituee....sebabnya amy tengah dalam mood MALAS. So kalau korang rasa korang sangat malas tapi nak makan kek homemade, boleh la guna resepi yang amy kongsikan ni :)


Kek Butter Yang Rangup




Bahan2x Kek Butter PALING SENANG dan SEDAP :


Bahan-bahan


1. 3 sudu Butter  / mentega dibiarkan mencair mengikut suhu bilik 
2. Setengah cawan Gula kastor * nak guna gula biasa pun boleh
3. 1 cawan tepung gandum
4. 1 sudu kecil Esen vanila
5. 3 biji telur



Cara-cara membuat kek butter :




1. Ayak tepung ke dalam mangkuk



2. Masukkan gula dan butter ke dalam adunan tepung tadi dan gaul
korang boleh gaul kesemua bahan ini mengikut cara tersendiri, amy tak ada mesin mixer. so marilah kita gaul pakai benda alah ni dengan penuh kemesaraan dan kasih sayang.



3. Gaul punya gaul...jadilah macam ni, so masukkan telur



4.  Keje korang gaul je, pakai garfu pun boleh...nak pakai sudu pun boleh, as long korang boleh jadikan semua bahan2x tu macam dalam gambar kat atas ni, nampak gebu kaaannn? :D

sekejap je gaulnye pun..bukan lama...bila dah sebati semua bahan, tu tandanya korang dah boleh berhenti kacau semua bahan2x tu



5. Lepas tu sapukan butter/ mentega pada loyang korang. Kalau tak nak sapu pun tak pe..korang boleh je merasa kek korang melekat dekat loyang tu....

sebenarnyaaaa kan...nak kasi tauuu......nanti susah woii nak keluarkan kek dari loyang kalau tak sapu butter / mentega



6. Makanya, setelah siap sapu butter/mentega pada loyang tadi, korang letak separuh adunan kek butter ke dalam loyang tu, nak letak terus semua pun boleh. Tapi tiba2x je amy rasa nak letak cheese..

Parmesan cheese pun jadilah hahahaha



so this is an additional item yang tiba-tiba amy rasa nak letak....
Tabur lah parmesan cheese tu ikut suka hati korang..tak nak letak pun tak pe...

kalau nak gantikan dengan coklat chips ka, coklat rice ke atau bahan2x lain pun boleh 

Bila dah siap tabur parmesan cheese, tuangkan balance adunan sampai habis ke dalam loyang.


Makanya, terhasillah rupa begini

opsss..sebelum tu, jangan lupa panaskan oven 170 darjah celcius selama 10 minit or agak2x dah panas kan...kurang dari 10minit pun boleh sebenarya, bergantung pada jenis oven masing2x

Bila oven dah panas, masukkan adunan kita tadi ke dalam oven dengan suhu 170 darjah celcius selama 20 minit.


Kalau suka crunchy hitam macam kek amy, boleh guna api atas bawah, kalau tak suka dan nak hasil yang kononya perfect gitue, guna api bawah sahaja :D



Tips : macam mana nak tahu kek dah masak dengan sempurna atau pun tidak?

- Amik garfu, cucuk pada kek sampai kena pada permukaan loyang dan angkat semula garfu tu, kalau garfu tu basah, melekat2x dengan kek, tandanya kek belum masak. Kalau tak ada apa2x melekat pada garfu, tandanya kek sudah masak dengan sempurna :D


selamat mencuba

9 comments:

  1. Nice entry..saya datang ziarah:)

    ReplyDelete
  2. Nice entry..saya datang ziarah :)

    ReplyDelete
  3. salam sifu. lamanya tak kesini
    amcam sihat?

    fiearmy bisnes ok tak

    ReplyDelete
  4. saya share ye. nampak mudah dan sedap. tk

    ReplyDelete
  5. Memang suka makan kek butter sebab tekstur dia lembut dan tak terlalu manis. Kalau tambahkan bancuhan coklat ke atas kek ni pun mesti sedap, hihi

    ReplyDelete
  6. Huhu..boleh suruh isteri buat ni..macam senang aje..

    ReplyDelete
  7. akak ni satu jenis kek pun x reti buat.. cekodok dengan lempeng reti la hahaha.. kena belajar buat kek gamaknya sebab byk isu status tak halal sekarang ni

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen
Semoga Murah Rezeki
Kalau rajin jangan lupa share artikel untuk manfaat bersama
Sharing is caring :)